Keberkesanan program ekopelancongan Kawan Iskandar Malaysia kepada masyarakat pesisir di Wilayah Iskandar Malaysia

Citation

Mohd Zulhafiz Said, . and Ibrahim Komoo, . and Edy Tonnizam Mohamad, . Keberkesanan program ekopelancongan Kawan Iskandar Malaysia kepada masyarakat pesisir di Wilayah Iskandar Malaysia. pp. 221-235. ISSN 2672-7226

Abstract

Akibat pembangunan pesat masyarakat pesisir terutamanya di Wilayah Iskandar Malaysia (WIM) berdepan dengan masalah pembangunan yang pesat pencemaran alam sekitar dan integriti ekosistem sehingga menjejaskan pendapatan mereka khususnya nelayan. Rentetan itu Kerajaan Negeri Johor melalui Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah melaksanakan sebuah program iaitu Kawan Iskandar Malaysia (KIM) bagi membantu ekonomi penduduk melalui pembangunan koperasi. Komuniti di kawasan pesisir juga diberi peluang menyertai program ini melalui projek ekopelancongan. Bagi menilai keberkesanannya lima buah kampung telah dipilih dan dikelaskan kepada tiga kategori. Kategori pertama merupakan peserta KIM nelayan dan menjalankan aktiviti ekopelancongan melibatkan Kampung Sungai Melayu Kongkong Laut dan Permas Besar. Kampung Permas Besar terletak di pinggir Wilayah Iskandar. Kategori kedua adalah peserta KIM dan menjalankan aktiviti ekopelancongan tetapi bukan dalam kalangan nelayan iaitu Kampung Ulu Pulai. Kategori ketiga adalah bukan peserta KIM tetapi nelayan dan menjalankan aktiviti ekopelancongan melibatkan Kampung Perpat Timbul. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu survei kepada penduduk tempatan di kawasan kajian. Dapatan kajian menunjukkan program KIM melalui koperasi adalah satu pendekatan terbaik untuk membangun ekonomi penduduk setempat. Walaubagaimanpun masalah seperti pengurusan dan pentadbiran fahaman politik dan kronisme perlu diberi perhatian dan ditambah baik untuk kesejahteraan bersama.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Article
AGROVOC Term: Tourism
AGROVOC Term: programmes
AGROVOC Term: Local communities
AGROVOC Term: Villages
AGROVOC Term: Regional development
AGROVOC Term: Household food economy
AGROVOC Term: Socioeconomic development
AGROVOC Term: Sustainable development
Depositing User: Mr. AFANDI ABDUL MALEK
Last Modified: 24 Apr 2025 00:55
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/10695

Actions (login required)

View Item View Item