Citation
Wan Yusoff W.A., . and Mohd Rahim R., . (2007) Pemuliharaan flora dan fauna di Delta Kelantan. [Proceedings Paper]
Abstract
Di Negeri Kelantan ekosistem hutan paya laut atau dieknali dikenali oleh masyarakat setempat sebagai kawasan bakau boleh ditemui di kawasan Delta Kelantan. Kawasan ini terletak di Daerah tumapt adalah merupakan sebahagian daripada dataran persisiran pantai yang meliputi kawasan di Kuala Besar di bahagian timur sehingga Kuala Sungai Golok bersempadan Thailand di bahagian Barat. Kawasan ini mempunyai keluasan kira-kira 13 000 hektar yang merangkumi beberapa buah pulau termasuklah Pulau Rulau Pulau Che Soh Pulau Tongkang Pulau Ekor Pulau Besar Pulau Terendak Pulau Che Lah Pulau Hj. Nik Mat Pulau Seratus Pulau Kuda Pulau Dollah Pulau Renjuna Pulau Beluru Pulau Che Minah Tanjung Kuala Duff Pulau Che Tahir dan Pulau Timun. Ekosistem Delta Kelantan ini merupakan suatu kawasan yang unik di mana ia terbentuk daripada pemendapan lanar dan seterusnya membentuk dataran lanar yang mewujudakn pulau-pulau. Kawasan ini memainkan peranan yang penting dalam kestabilan ekosistem ekonomi dan sosialseperti juga peranannya sebagai habitat untuk ikan cangkerang burung dan lain-lain jenis fauna. Dalam mengumpulkan maklumat berkaitan biodiversiti di kawasan delta ini bagi tujuan pengurusan dan pemuliharaannya Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan JPNK dengan kerjasama Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia KUSTEM telah menjalankan beberapa kajian asas untuk mengumpul data berkaitan flora dan fauna di kawasan delta ini. Pada dasarnya dari segi kehadiran flora asal yang terdapat di kawasan delta ini ia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan spesies utama iaitu exclusive non-exclusive dan associate. Manakala itu terdapat spesies fauna daripada famili mamalia burung reptilia dan ikan. Dalam membangunkan kawasan Delta Kelantan perancangan yang menyeluruh intergrated berlandaskan prinsip pembangunan yang berkekalan telah diamalkan dengan mengambilkira konsep atau falsafah perancangan pembangunan bersifat menyeluruh pembangunan memfokuskan kepada aktiviti manusia aktiviti pelbagai dimensi perubahan kuantitatif dan kualititatif serta penggunaan dan pengagihan sumber dengan seimbang.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Proceedings Paper |
---|---|
Additional Information: | 1 ill. |
AGROVOC Term: | FLORA |
AGROVOC Term: | FAUNA |
AGROVOC Term: | NATURE CONSERVATION |
AGROVOC Term: | MALAYSIA |
Geographical Term: | MALAYSIA |
Depositing User: | Ms. Suzila Mohamad Kasim |
Last Modified: | 24 Apr 2025 05:13 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/11037 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |