Citation
Rozita O, . and Rohaiza M, . and Zurina M, . and Harbant S., . and Che Faridah O, . and Azlan M Y, . and Lim B. T., . (2000) Kajian awal ke atas potensi ekstrak Annona muricata Piper betle dan Tinospora crispa sebagai racun botani dalam kawalan serangga pengorek batang jagung - Ostrinia salentialis Snell. [Proceedings Paper]
Abstract
Penggunaan racun serangga sintetik menyebabkan pencemaran alam sekitar di samping memudaratkan kesihatan. Racun botani dianggap lebih selektif di dalam mod tindakannya dan sifatnya yang mudah urai secara biologi menyebabkannya kurang toksik terhadap alam sekeliling berbanding dengan racun sintetik. Di dalam kajian ini ekstrak daun Annona muricata L. durian belanda Piper betle L. sirih dan batang Tinospora crispa Miels seruntun telah dikaji keberkesanannya di dalam mengurangkan kesan kerosakan pada pokok jagung oleh serangga pengorek batang Ostrinia salentialis Snell. Ketiga-tiga ekstrak ini dibandingkan keberkesanannya dengan kawalan tanpa semburan malathion dan Azadirachta indica semambu komersial yang didapati daripada Kasetsart Thailand. Kajian ini dibuat pada musim kemarau dan juga musim hujan di negeri Perlis. HasH kajian menunjukkan kerosakan oleh O. salentialis adalah lebih tinggi pada musim hujan berbanding musim kemarau. Keberkesanan rawatan pada musim hujan adalah mengikut turutan: malathion semambu komersial Tinospora Annona kawalan Piper. Perbezaan di antara rawatan-rawatan ini adalah tidak signifikan p 0.05. Berdasarkan turutan keberkesanan di atas ekstrak Tinospora crispa didapati lebih efektif berbanding dengan ekstrak botani yang lain. Ekstrak Piper betle pula seakan menunjukkan ciri penarikan attractant terhadap O. salentialis. Kajian awal ini menunjukkan ekstrak Tinospora crispa berpotensi sebagai racun botani botanicals manakala ekstrak Piper betle sebagai agen penarik serangga. Kajian lanjut perlu dilakukan untuk mengesahkan potensi ekstrak-ekstrak tersebut.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Proceedings Paper |
---|---|
Additional Information: | Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Malaysia. mal QK99 A1S471 2000 Call Number. |
AGROVOC Term: | BOTANY |
AGROVOC Term: | TOXIC SUBSTANCES |
AGROVOC Term: | ANNONA MURICATA |
AGROVOC Term: | PIPER BETLE |
AGROVOC Term: | TINOSPORA |
AGROVOC Term: | BOTANICAL PESTICIDES |
AGROVOC Term: | OSTRINIA |
AGROVOC Term: | INSECT CONTROL |
AGROVOC Term: | MALAYSIA |
Geographical Term: | MALAYSIA |
Depositing User: | Ms. Suzila Mohamad Kasim |
Last Modified: | 24 Apr 2025 05:13 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/11291 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |