Citation
Zhari I., . (2000) Pangkalan data dan dokumentasi tumbuh-tumbuhan herba dan beraroma. [Proceedings Paper]
Abstract
Era ini dicirikan oleh keperluan maklumat menyeluruh sebagai tuntutan asas dalam ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan K-economy dan teknologi maklumat. Bagi dunia perubatan khususnya berkaitan ubat-ubatan herba pelbagai sumber maklumat bersesuaian tersedia untuk digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna samada ahli profesional penyelidik pengusaha mahupun pengguna awam. Namun pengetahuan dan kemahiran untuk mencari maklumat yang dikehendaki amat diperlukan bagi memastikan pengguna mendapat manfaat sepenuhnya. Beberapa pusat penyelidikan di serata dunia menyediakan kemudahan pangkalan data dan dokumentasi tumbuhan berubat dan beraroma yang boleh dilanggan dan dicapai melalui internet. Sumber yang terkumpul termasuklah data-data mengenai pencirian tumbuhan panduan jenisjenis herba sumber benih herba nama dan alamat syarikat-syarikat yang berkaitan. Terdapat beberapa jenis sumber maklumat dan data yang menumpukan aspek-aspek seperti kegunaan tradisional data kimia data eksperimental farmakologi toksikologi klinikal kajian lapangan dan epidemiologi rekod kes pesakit dan lain-lain maklumat berkaitan bagi memenuhi keperluan pelbagai lapisan pengguna. Monograf dan farmakopia herba pula dibuat khusus untuk melengkapkan maklumat berkaitan aspek pengenalpastian kualiti keselamatan dan kemujaraban sesuatu herba. Bagi mengisi keperluan pelbagai aktiviti dalam industri herba seperti penanaman penjagaan pengendalian bahan mentah pemprosesan pembungkusan pengujian sehingga pendaftaran dan pemasaran produk herba boleh dirujuk kepada berbagai sumber yang khusus yang menyediakan maklumat atau data yang berkaitan. Pengamal perubatan profesional pula memerlukan maklumat klinikal bagi menambah keyakinan mereka terhadap kebaikan dan kegunaan sesuatu produk herba. Namun demikian maklumat tumbuhan herba dan beraroma tempatan masih kurang dan usaha gigih dan bersungguh serta terancang harus digerakkan segera sebagai pemangkin kepada kemajuan industri herba tempatan. Peranan pangkalan data dan dokumentasi adalah sangat penting bagi membekalkan maklumat dan data dalam usaha kita untuk menghubungkan sains dengan industri herba . Maklumat yang betul dan tepat boleh menjamin keyakinan yang menguntungkan selaras dengan persaingan kini yang dilandaskan atas ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi maklumat.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Proceedings Paper |
---|---|
Additional Information: | Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Malaysia. mal QK99 A1S471 2000 Call Number. |
AGROVOC Term: | HERBACEOUS PLANTS |
AGROVOC Term: | ESSENTIAL OIL CROPS |
AGROVOC Term: | DATABASES |
AGROVOC Term: | DOCUMENTATION |
AGROVOC Term: | INFORMATION TECHNOLOGY |
AGROVOC Term: | MALAYSIA |
Geographical Term: | MALAYSIA |
Depositing User: | Ms. Suzila Mohamad Kasim |
Last Modified: | 24 Apr 2025 05:13 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/11296 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |