Citation
Ong T. H., . and Ab Rasip A. G., . (2000) Prestasi pertumbuhan Tongkat Ali ditanam secara perhutanan tani. [Proceedings Paper]
Abstract
Tongkat Ali Eurycoma longifolia Jack telah dipilih sebagai salah satu tanaman yang berpotensi untuk digabungkan dengan spesies kayu-kayan di dalam sistem perhutanan-tani. Satu percubaan telah dijalankan di Kg. Tebuk Pulai Sabak Bemam Selangor bagi menentukan kesesuaian tanaman antara pokok Jati dengan Tongkat Ali. Sejumlah 140 pokok Tongkat Ali telah ditanam di antara barisan pokok jati yang berumur 4 tahun. Di peringkat awal pertumbuhan peratus kematian yang agak tinggi 21.4 kerana cuaca panas berterusan oleh itu sulaman telah dijalankan selepas 6 bulan. Selepas satu setengah tahun tanaman utama telah mencapai min ketinggian 1.61 meter dengan min diameter pangkalnya mencapai 2.23 sm manakala pokok sulaman 1 tahun mencapai ketinggian 0.71 m dengan diameter pangkalnya 1.17 sm. Secara keseluruhannya menunjukkan peratus kemandirian Tongkat Ali adalah tinggi iaitu mencapai 98.6 selepas sulaman dilakukan. Keputusan ini menunjukkan Tongkat Ali sesuai ditanam bersama tanaman Jati. Anak benih liar menunjukkan variasi yang agak tinggi di antara individu sebagaimana dijangkakan. Bagi mempertingkatkan lagi keseragaman tumbesaran tongkat Ali pembaikbiakan spesies hendaklah dijalankan.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Proceedings Paper |
---|---|
Additional Information: | Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Malaysia. mal QK99 A1S471 2000 Call Number. |
AGROVOC Term: | DRUG PLANTS |
AGROVOC Term: | AGROFORESTRY |
AGROVOC Term: | PLANT ANATOMY |
AGROVOC Term: | WOODY PLANTS |
AGROVOC Term: | MALAYSIA |
Geographical Term: | MALAYSIA |
Depositing User: | Ms. Suzila Mohamad Kasim |
Last Modified: | 24 Apr 2025 05:13 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/11306 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |