Penggunaan tumbuhan ubatan untuk merawat penyakit Diabetis dalam perubatan tradisional Melayu

Citation

Azean A G, . and Juriyati J, . and Khairana J, . and Jamia Azdina J, . and Ibrahim J, . (2000) Penggunaan tumbuhan ubatan untuk merawat penyakit Diabetis dalam perubatan tradisional Melayu. [Proceedings Paper]

Abstract

Diabetis atau lebih dikenali sebagai kencing manis merupakan penyakit yang kerap dialami oleh penduduk Malaysia di kalangan orang dewasa yang berumur lebih dari 40 tahun. Kebanyakan daripada pesakit ini mendapat rawatan lanjut di hospitalhospital. Namun masih ramai lagi di antara mereka yang lebih gemar menggunakan kaedah rawatan secara tradisional dengan menggunakan tumbuhan ubatan seperti Andrographis paniculata akar cerita Orthosiphon aristatus misai kucing Carica papaya betik Parkia speciosa petai dan lain-lain. Kaedah rawatan yang digunakan ialah secara dalaman samada menggunakan ramuan sediaan tunggal melibatkan sejenis tumbuhan ubatan sahaja atau sediaan bersama dua atau lebih campuran tumbuhan untuk menurunkan paras kandungan gula dalam darah/urin yang terlalu tinggi dalam pesakit diabetis. Kertas kerja ini menyenaraikan maklumat mengenai tumbuhan ubatan yang digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu di Malaysia khusus untuk merawat diabetis. Data menunjukkan spesies-spesies dari famili Anarcadiaceae Graminae Leguminosae Liliaceae Menispermaceae Myrtaceae dan Zingiberaceae merupakan tumbuhan yang sering digunakan dalam pengawalan aktiviti hipoglisemik/hiperglisemik. Kaedah penggunaannya juga dilampirkan. Diharapkan maklumat-maklumat ini akan mendapat perhatian dan penelitian secara saintifik untuk kajian lanjutan terhadap pengesahan ciri-ciri antidiabetik.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Proceedings Paper
Additional Information: Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Malaysia. mal QK99 A1S471 2000 Call Number.
AGROVOC Term: DRUG PLANTS
AGROVOC Term: DIABETES
AGROVOC Term: TRADITIONAL MEDICINES
AGROVOC Term: TRADITIONAL TECHNOLOGY
AGROVOC Term: MALAYSIA
Geographical Term: MALAYSIA
Depositing User: Ms. Suzila Mohamad Kasim
Last Modified: 24 Apr 2025 05:14
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/11322

Actions (login required)

View Item View Item