Kultur tisu tumbuhan ubatan: pengalaman FRIM

Citation

Rozidah K., . and Fadhilah Z., . and Nor Hasnida H., . and Sharifah M., . and Haliza I., . and Rohani A., . and Normah B, . (2009) Kultur tisu tumbuhan ubatan: pengalaman FRIM. [Proceedings Paper]

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan khazanah kepelbagaian biologi yang terdiri daripada flora dan fauna. Antaranya adalah pelbagai tumbuhan ubatan yang mempunyai nilai perubatan yang sangat berpotensi untuk dimajukan. Sehingga kini kebanyakan spesies tumbuhan ubatan ini tumbuh secara semulajadi di hutan negara ini dan penggunaannya sangat tidak terkawal. Bekalan daripada sumber hutan ini menjadi semakin berkurangan dan kebergantungan secara langsung kepada sumber hutan ini adalah perlu diminimakan. Justeru itu penanaman spesies tumbuhan ubatan ini perlu dilaksana dan digiatkan secara besar-besaran. Bagi tujuan pejlubuhan ladangladang spesies tumbuhan ubatan sumber anak benih atau bahan tanaman dalam kuantiti yang besar adalah diperlukan. Biji benih bagi sesetengah spesies adalah sukar diperolehi dan teknik keratan juga kadangkala tidak sesuai bagi sesetengah spesies yang lain. Oleh itu kaedah kultur tisu merupakan satu alternatif kepada pembiakan spesies tumbuhan ubatan. Menerusi kaedah ini anak-anak pokok dibiak dan digandakan di dalam bekas yang mengandungi agar nutrien yang sesuai untuk pertumbuhan pokok. Unit Kultur Tisu FRIM sehingga kini telah berjaya membangunkan kaedah pembiakan spesies -spesies tumbuhan ubatan menerusi kultur tisu seperti Tongkat Ali Mas Cotek Karas dan Candan. Spesies Karas dan Chandan adalah spesies yang menghasilkan kayu dan minyak gaharu.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Proceedings Paper
Additional Information: Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Malaysia. mal QK99 M3S471 2008 Call Number
AGROVOC Term: TISSUE CULTURE
AGROVOC Term: DRUG PLANTS
AGROVOC Term: CELL CULTURE
AGROVOC Term: MALAYSIA
Geographical Term: MALAYSIA
Depositing User: Ms. Suzila Mohamad Kasim
Last Modified: 24 Apr 2025 05:14
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/11394

Actions (login required)

View Item View Item