Citation
Deuraseh, Nurdeng (2016) Penentuan halal-haram dan fatwa-fatwa berkaitan produk halal. Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu & Attin Press Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 978-967-0895-07-9
Abstract
Syariat Islam adalah syariah Rabbani yang telah menggariskan kaedah dan panduan dalam penentuan halal-haram dalam sesuatu produk. Halal adalah sesuatu yang dibenarkan dan mendapat pahala apabila dilakukan, manakala haram adalah sesuatu yang dilarang serta mempunyai implikasi dosa. Halal dan haram dibincangkan dalam pelbagai aspek kehidupan merangkumi perlakuan dan tatacara kehidupan seharian sama ada melibatkan aspek ibadat mahupun mu' amalat. Dalam penentuan halal dan haram, terdapat beberapa prinsip dan kaedah yang digunapakai. Ia melibatkan penentuan terhadap barangan yang terdiri daripada makanan dan bukan makanan serta juga bukan barangan seperti perkhidmatan (perbankan. perhotelan. pelancongan dan logistik). Antara barangan makanan tersebut adalah seperti farmaseutikal, produk yang mana sumbernya daripada haiwan, tumbuhan, dan makanan ubah suai genetic (GMF) dan yang terkini ialah vaksin. Manakala barangan bukan makanan adalah seperti produk kosmetik dan barangan kulit dan pinggan mangkuk. Di Malaysia. penentuan hukum halal dan haram berkait rapat dengan institusi fatwa dan hasil kajian berteraskan kaedah saintifik dengan menggunakan alat berteknologi tinggi. Tugas utama institusi fatwa ialah memberi panduan dan penentuan hukum kepada masyarakat terutamanya bagi menjawab permasalahan-permasalahan fiqh yang barn dan bersifat semasa. Memandangkan penentuan hukum halal dan haram mempunyai proses dan manhaj tersendiri yang perlu diikuti sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan, maka sumber-sumber utama syariah seperti al-Quran. sunnah serta kaedah usu! al-fiqh seperti maslahah, dharurah. istihalah dan maqasid syariah diguna dalam penentuan hukum dan fatwa. Selain daripada itu, penentuan halal-haram sesuatu produk perlu disokong dengan hasil kajian saintifik dalam makmal dengan menggunakan alat berteknologi tinggi. Kaedah ini dapat membantu majlis fatwa dalam memastikan fatwa itu bertepatan dengan kehendak maqasid shariah. Kertas kerja ini adalah satu usaha untuk menjelaskan kaedah penentuan hukum dan fatwa yang telah diamalkan di Malaysia berkaitan produk halal serta contoh-contoh fatwa mengenainya.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
| Item Type: | Book |
|---|---|
| Additional Information: | Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. HD9016 M32N974 Call Number |
| AGROVOC Term: | food quality |
| AGROVOC Term: | food industry |
| AGROVOC Term: | food safety |
| AGROVOC Term: | food inspection |
| AGROVOC Term: | product labelling |
| AGROVOC Term: | consumers |
| AGROVOC Term: | market access |
| Geographical Term: | Malaysia |
| Depositing User: | Nor Hasnita Abdul Samat |
| Date Deposited: | 02 Nov 2025 11:03 |
| Last Modified: | 10 Nov 2025 01:12 |
| URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/1282 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |