Pendekatan dan keperluan kuarantin untuk eksport buah-buahan

Citation

Abu Bakar Mahmud, . (1993) Pendekatan dan keperluan kuarantin untuk eksport buah-buahan. [Proceedings Paper]

Abstract

Kawalan yang dikenakan di bawah peraturan-peraturan kuarantin terhadap kemasukan buah-buahan adalah berbeza di antara negara. Ada negara yang mengenakan larangan kemasukan bersyarat atau kemasukan secara bebas. Keperluan permit import dan ataupun fitosanitasi untuk kemasukan buah-buahan juga bergantung pada peraturan-peraturan kuarantin yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara. Pemeriksaan pada buah-buahan di tempat masuk adalah prosedur kuarantin yang dikenakan oleh semua negara bertujuan untuk memastikan konsaimen bebas daripada perosak. Antara perosak yang mengancam industri buah-buahan dan dilarang oleh peraturan kuarantin negara asing lalat buah adalah merupakan yang terpenting. Namun begitu kebenaran masuk ke sesebuah negara boleh diperoleh jika kawasan pengeluaran buah-buahan adalah bebas daripada perosak yang dilarang ataupun buah-buahan telah dirawat mengikut teknologi disinfestasi yang diterima oleh negara pengimport. Kawalan perosak pada peringkat ladang amalan pertanian yang baik dan pemeriksaan pemilihan dan rawatan lepas tuai adalah antara langkah yang perlu dijalankan bagi penghasilan buah yang bermutu dan seterusnya pengurangan serangan perosak. Aspek-aspek penyelidikan yang meliputi kawalan perosak di ladang dan pembentukan rawatan disinfestasi juga perlu diberi penekanan jika pasaran eksport buah-buahan Malaysia ingin diperluas ke negara-negara berpotensi tetapi mempunyai larangan terhadap lalat buah. Penerimaan rawatan disinfestasi oleh sesebuah negara menerusi rundingan dan perjanjian dua hala tentang kuarantin adalah saluran bagi membolehkan pengeksportan buah-buahan yang dilarang. Untuk memudahkan pengeksportan dalam jumlah yang besar prosedur pemeriksaan preclearance program dan assured phytosanitary certification boleh dijalankan. Usaha untuk menghalang kemasukan spesies lalat buah asing juga perlu dipergiatkan sama ada melalui pemeriksaan kuarantin di tempat-tempat masuk pemintasan perosak ataupun melalui perundangan.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Proceedings Paper
Additional Information: 5 tables; 10 ref.
AGROVOC Term: FRUITS
AGROVOC Term: QUARANTINE
AGROVOC Term: EXPORTS
Geographical Term: MALAYSIA
Depositing User: Ms. Norfaezah Khomsan
Last Modified: 24 Apr 2025 05:26
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/15339

Actions (login required)

View Item View Item