Terapi-semulajadi di dalam perlandskapan:potensi tumbuhan ubatan

Citation

Mohd Radzi A., . and Mohd Ilham A., . and Ahmad Azaruddin M.N., . and Azahari M.Y., . (2000) Terapi-semulajadi di dalam perlandskapan:potensi tumbuhan ubatan. [Proceedings Paper]

Abstract

Kesedaran tentang betapa pentingnya pengekalan dan pemuliharaan ciri-ciri kehijauan alam semulajadi telah mendorong perkembangan industri landskap dengan pesatnya Hanim A. 1997. Ini ditambah dengan penguatkuasaan peraturan oleh kerajaan yang memestikan setiap pemaju perumahan menyediakan kawasan hijau di kawasan yang mereka bangunkan. Satu pendekatan baru yang menggabungkan ciri-ciri landskap yang sedia ada dengan konsep perlandskapan untuk terapi-semulajadi harus diperkenal dan dimajukan. Gabungan antara warna yang dikaitkan dengan keceriaan keharuman bunga serta bentuk tumbuhan yang pelbagai dapat memberikan kesan ketenangan kepada persekitaran dan sebagai satu bentuk terapi kepada mereka yang menikmatinya. Spesies-spesies seperti senduduk Melastoma sp. kemunting cina Catharanthus sp. dan misai kucing Orthosiphon grandiflorus mempunyai warna bunga yang menarik dan menceriakan. Serai wangi Cymbopogon nardus dan beberapa spesies Medang Cinnamomum spp. adalah tumbuhan yang beraroma manakala lidah buaya Aloe vera jarak bunting Jatropha podagrica dan keladi lekir Amorphophallus campanulatus mempunyai bentuk yang unik dan berpotensi untuk dimajukan sebagai elemen terapi-semulajadi di dalam perlandskapan.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Proceedings Paper
Additional Information: Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Malaysia. RS164 S471 1999 Call Number
AGROVOC Term: LANDSCAPE
AGROVOC Term: LANDSCAPING
AGROVOC Term: DESIGN
AGROVOC Term: ORNAMENTAL PLANTS
AGROVOC Term: DRUG PLANTS
AGROVOC Term: LANDSCAPE CONSERVATION
AGROVOC Term: THERAPY
AGROVOC Term: MALAYSIA
Geographical Term: MALAYSIA
Depositing User: Ms. Norfaezah Khomsan
Last Modified: 24 Apr 2025 05:27
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/15905

Actions (login required)

View Item View Item