Taburan, kelimpahan dan struktur genetik populasi dua spesies kima (Cardiidae: Tridacna) dari Taman Laut Pulau Perhentian

Citation

Li, Keat Lee and Po, Teen Lim and Mei, Lin Neo and Zhen, Fei Lim and Kieng, Soon Hii and Hong, Chang Lim and Haifeng, Gu and Shau Wai Tan, Aileen Wai Tan and Md Nizam Ismail, . and Chui, Pin Leaw (2018) Taburan, kelimpahan dan struktur genetik populasi dua spesies kima (Cardiidae: Tridacna) dari Taman Laut Pulau Perhentian. [Proceedings Paper]

Abstract

Giant clam' atau lebih dikenali tempatan sebagai kima adalah spesies terumbu utama yang menyumbang kepada kepelbagaian spesies dan fungsi ekologi. Nic ekologi kima adalah sangat penting khususnya peranan sebagai penyumbang kalsium karbonat kepada terumbu karang, penghasilan jaringan makanan, serta sebagai perumah kepada hidupan marin yang lain atau holobiont. Malangnya, ancaman pemanasan global dan aktiviti manusia telah menpercepatkan kemerosotan populasi kima di lautan Indo- Pasifik. Tindakan segera dalam usaha pemuliharaan adalah sangat diperlukan. Kajian ini dijalankan untuk menilai kepelbagaian dan taburan kima di Taman Laut Pulau Perhentian. Maklumat kajian ini akan mengisikan jurang maklumat antara populasi Tridacna di Pulau Perhentian dan hubungkait dengan populasi yang lain di perairan yang lain di Laut China Selatan. Dalam kajian ini, dua spesies Tridacna telah dijumpai di Pulau Perhentian iaitu T. maxima and T. squamosa. Jumlah individu T. maxima (401 individu) yang dijumpai di semua lokasi adalah sekali ganda berbanding dengan T. squamosa (195 individu). Kelimpahan tertinggi adalah sebanyak 17.4 individu per 100 m2. Juvana kima T. squamosa (<5 cm in panjang cengkerang) adalah jarang dijumpai berbanding dengan juvana T maxima, dengan 67 individu telah direkodkan dalam kajian ini. Ini adalah tanda penghad kepada pengambilan baru populasi T. squamosa yang kurang diperhatikan pada populasi T. maxima. Pemerhatian ini juga menunjukkan T. squamosa di Perhentian menunjukkan kehomogenan genetik bersama populasi yang lain di Laut China Selatan. Sebaliknya, T. maxima telah menunjukkan keheterogenan genetik yang berkemungkinan akibat aliran gen yang terhad. Kehadiran juvana adalah tanda pengambilan baru populasi T. maxima, juga menunjukkan populasi yang sihat dan berkembang di Taman Laut Pulau Perhentian. Kajian ini telah menyumbang kepada data inventori taburan dan kelimpahan dua spesies kima di Pulau Perhentian, dan maklumat lanjut hubungan populasi genetik kedua-dua species Tridacna di Malaysia

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Proceedings Paper
Additional Information: Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. QH91.75 M3S471 2018 Call number.
AGROVOC Term: Tridacna maxima
AGROVOC Term: Tridacna squamosa
AGROVOC Term: population genetics
AGROVOC Term: marine parks
AGROVOC Term: Bivalvia
AGROVOC Term: sampling
AGROVOC Term: data collection
AGROVOC Term: marine ecologists
AGROVOC Term: genetic variation
Geographical Term: Malaysia
Depositing User: Ms. Azariah Hashim
Date Deposited: 17 Nov 2025 03:21
Last Modified: 17 Nov 2025 03:21
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/1606

Actions (login required)

View Item View Item