Citation
Nordin Hamdan, . (2003) Pengurusan sungai secara bersepadu bagi pemulihan dan pemeliharaan sungai-sungai di Pulau Pinang. [Proceedings Paper]
Abstract
Sungai adalah anugerah Allah S.W.T. sebagai aset semula jadi yang tidak ternilai kepada kehidupan di bumi ini dan merupakan warisan yang perlu dipelihara serta diuruskan secara profesional. Sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dan alam sejagat yang sangat berpotensi untuk pembangunan ekonomi. Akibat pembangunan yang pesat serta pertumbuhan penduduk yang tinggi di bandar-bandar seperti di bandar raya Georgetown sungai tidak lagi diberikan perhatian yang serius malah ia menjadi tempat pembuangan sampah sisa kimia kumbahan manusia dan binatang yang mencemari sungai-sungai yang pada asalnya jernih dan dipenuhi dengan berbagai-bagai hidupan air dan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Menyedari betapa pentingnya peranan sungai terhadap pembangunan ekonomi dan kehidupan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memulakan usaha-usaha yang serius bagi memantapkan lagi pengurusan sungai-sungai di Pulau Pinang dengan mewujudkan Jawatnkuasa Pengurusan Sungai bagi memulih dan memelihara sungai-sungai di Pulau Pinang. Projek induk telah dimulakan dengan sungai-sungai yang sangat tercemar di Pulau Pinang iaitu Sg. Pinang Sg. Juru dan Sg. Satu. Diharapkan melalui Jawatankuasa ini pengurusan sungai yang efisien dan bersepadu ini akan mengembalikan kegemilangan sungai-sungai di Pulau Pinang dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang khususnya dan juga pelancong serta dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti air sungai persekitaran sungai yang bersih dan indah meningkat spesies kehidupan air serta tempat rekreasi untuk orang awam dan sebagai produk pelancongan seterusnya meningkatkan sosioekonomi dalam kalangan rakyat Pulau Pinang.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Proceedings Paper |
---|---|
Additional Information: | Summary Ms |
AGROVOC Term: | RIVERS |
AGROVOC Term: | POLLUTION CONTROL |
AGROVOC Term: | WATER MANAGEMENT |
AGROVOC Term: | WATER POLLUTION |
AGROVOC Term: | WATER PURIFICATION |
AGROVOC Term: | WASTE MANAGEMENT |
AGROVOC Term: | MALAYSIA |
Geographical Term: | MALAYSIA |
Depositing User: | Ms. Norfaezah Khomsan |
Last Modified: | 24 Apr 2025 05:27 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/16111 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |