Pemodelan berstatistik data hidrologi

Citation

Ahmad Mahir Razali, . and Lew J.H., . (2003) Pemodelan berstatistik data hidrologi. [Proceedings Paper]

Abstract

Analisis kekerapan banjir telah selalu digunakan untuk meramal magnitud banjir sesebuah sungai. Kertas ini pula adalah mengenai kaedah pemadanan data hidrologi iaitu data mengenai aliran maksimum air sungai yang boleh disifatkan sebagai aliran air sungai pada waktu banjir. Pemadanan ini dilakukan sebelum suatu analisis kekerapan banjir yang sebenar dapat dilakukan. Memodelkan data hidrologi ini dilakukan melalui taburan kebarangkalian nilai ekstrem. Data aliran maksimum tahunan Sg. Langat Sg. Semenyih dan Sg. Lui Hulu Langat Selangor telah diperoleh daripada Jabatan Pengaliran dan Saliran JPS Malaysia. Tiga model kebarangkalian nilai ekstrem iaitu taburan Gumbel taburan Weibull dan taburan Lognormal telah cuba dipadankan. Plot kebarangkalian nilai jangkaan banjir melawan nilai cerapan sebenar telah digunakan untuk melihat sejauh mana model-model tersebut dapat menyesuaikan siri banjir tahunan tersebut. Bagi ketiga-tiga set data aliran maksimum tahunan tersebut didapati taburan Lognormal agak menyesuai dengan baik.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Proceedings Paper
Additional Information: Summary Ms
AGROVOC Term: HYDROLOGY
AGROVOC Term: FLOOD CONTROL
AGROVOC Term: RIVERS
AGROVOC Term: MODELS
AGROVOC Term: ENVIRONMENTAL IMPACT
AGROVOC Term: ANALYTICAL METHODS
AGROVOC Term: MALAYSIA
Geographical Term: MALAYSIA
Depositing User: Ms. Norfaezah Khomsan
Last Modified: 24 Apr 2025 05:27
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/16125

Actions (login required)

View Item View Item