Pemodelan kandungan klorofil di Selat Pulau Pinang menggunakan data penderiaan jauh

Citation

Khiruddin Abdullah, . and Md Noordin Abu Bakar, . and Mohd Zubir Mat Jafri, . and Zubir Din, . (2003) Pemodelan kandungan klorofil di Selat Pulau Pinang menggunakan data penderiaan jauh. [Proceedings Paper]

Abstract

Penentuan kandungan klorofil di dalam air laut sangat penting dalam industri perikanan. Kandungannya yang tinggi menunjukkan kawasan yang banyak terdapat ikan dan sesuai untuk dijadikan kawasan pemeliharaan ikan dan pembiakan ikan. Pengukuran secara konvensional tidak berupaya memberikan gambaran sinoptik bagi kawasan lautan yang luas kerana ia mengambil masa yang panjang modal yang banyak dan peralatan yang mahal. Kertas ini mencadangkan suatu model pemetaan kandungan klorofil di dalam air bagi kawasan yang luas terutama kawasan perairan pantai dengan menggunakan data penderiaan jauh. Ciri-ciri nisbah pekali serakan sinaran terhadap pekali serapan sinaran yang dihubungkan dengan kepekatan klorofil yang terkandung di dalam air laut digunakan untuk memodelkan pemetaan kandungan klorofil di dalam air laut di Selat Pulau Pinang. Data multispektrum daripada satelit Thematic Mapper TM digunakan dalam pemodelan kandungan klorofil tersebut. Data rujukan kandungan klorofil sekena dengan data satelit terlebih dahulu dikutip dan kemudiannya diregresikan dengan data multijalur satelit. Berdasarkan analisis regresi ini beberapa model dibangunkan dan digunakan untuk memetakan kandungan klrofil tersebut. Keputusan daripada model-model linear tak linear dan polinomial yang dibangunkan ini dibandingkan dengan kandungan klorofil sebenar daripada data yang dikutip. Pemodelan polinomial didapati dapat memberikan pemetaan kandungan klorofil dengan ketepatan yang tinggi iaitu pekali korelasi 0.95m. Model yang dibangunkan ini digunakan untuk melakarkan peta kandungan klorofil di Selat Pulau Pinang.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Proceedings Paper
Additional Information: Summary Ms
AGROVOC Term: CHLOROPHYLLS
AGROVOC Term: OCEANOLOGY
AGROVOC Term: MARINE AREAS
AGROVOC Term: SEA WATER
AGROVOC Term: WATER QUALITY
AGROVOC Term: REMOTE SENSING
AGROVOC Term: SATELLITES
AGROVOC Term: MODELS
AGROVOC Term: DECISION SUPPORT
AGROVOC Term: MALAYSIA
Geographical Term: MALAYSIA
Depositing User: Ms. Norfaezah Khomsan
Last Modified: 24 Apr 2025 05:27
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/16258

Actions (login required)

View Item View Item