Citation
Mohd Zubir Mat Jafri, . and Khiruddin Abdullah, . and Md Noordin Abu Bakar, . and Zubir Din, . (2003) Pemodelan pencemaran laut menggunakan data penderiaan jauh. [Proceedings Paper]
Abstract
Kertas ini mencadangkan suatu model pemetaan takat pencemaran air bagi kawasan yang luas terutama kawasan perairan pantai dengan menggunakan data penderiaan jauh. Bahan pencemaran yang dikesan ialah bahan terampai di dalam air laut. Kawasan kajian adalah perairan di selat Pulau Pinang. Ciri-ciri nisbah pekali serakan sinaran terhadap pekali serapan sinaran yang dihubungkan dengan kepekatan bahan terampai yang terkandung di dalam air laut digunakan untuk memodelkan pemetaan takat pencemaran air laut tersebut. Data multispektrum daripada satelit Thematic Mapper TM digunakan dalam pemodelan takat pencemaran tersebut. Data rujukan takat pencemaran sekena dengan data satelit terlebih dahulu dikutip dan kemudiannya diregresikan dengan data satelit menggunakan multitarikh. Berdasarkan analisis regresi tersebut memberikan pemetaan takat pencemaran bahan terampai dengan ketepatan yang tinggi iaitu dengan pekali korelasi 0.9. Model yang dibangunkan ini digunakan untuk melakarkan peta takat pencemaran bahan terampai di selat Pulau Pinang.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Proceedings Paper |
---|---|
Additional Information: | Summary Ms |
AGROVOC Term: | SEA WATER |
AGROVOC Term: | MARINE AREAS |
AGROVOC Term: | SEA POLLUTION |
AGROVOC Term: | WATER QUALITY |
AGROVOC Term: | MODELS |
AGROVOC Term: | REMOTE SENSING |
AGROVOC Term: | IMAGERY |
AGROVOC Term: | SENSORS |
AGROVOC Term: | SATELLITES |
AGROVOC Term: | OCEANOLOGY |
Geographical Term: | MALAYSIA |
Depositing User: | Ms. Norfaezah Khomsan |
Last Modified: | 24 Apr 2025 05:27 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/16263 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |