Citation
Paul Leo Lohuji, . and Desmond Foo, . and Samit Abdul Sani, . (2004) Pengalaman pelaksanaan RIL di Sabah. [Proceedings Paper]
Abstract
Dasar Perhutanan Negara yang menetapkan agar semua hutan simpanan kekal diurus mengikut Sistem Pengurusan Hutan secara Berkekalan PHB telah membawa arus perubahan kepada sistem pengurusan hutan di negeri Sabah. Usaha-usaha ke arah perlaksanaan sistem pengurusan tersebut telah dimulakan sejak tahun 1989. Pelbagai kajian telah dijalankan sebagai persedian sebelum H.S. Deramakot dijadikan sebagai satu model PHB. Pembalakan merupakan satu daripada komponen terpenting dalam PHB yang boleh mempengaruhi kejayaan perlaksanaan sistem tersebut. RIL telah dikenalpasti sebagai satu kaedah pembalakan yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria-kriteria pengurusan hutan yang baik mengikut takrifan ITTO.Pada tahun 1996 Kerajaan Negeri Sabah telah memutuskan agar RIL dilaksana-gunakan di semua hutan simpanan kekal. Sebagai persediaan perlaksanaan menjelang tahun 2000 Jabatan Perhutanan Sabah telah merancang dan melaksanakan program latihan disamping membentuk sistem kawalan bagi memastikan kejayaan perlaksanaan tersebut. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran namun perlaksanaan RIL telah dapat bermula seawal tahun 1998 dibeberapa kawasan pembalakan. Kewujudan Akta Konservvasi Alam Sekitar yang mempunyai tujuan sejajar dengan RIL dalam konteks perhutanan telah menggandakan lagi usaha perlaksanaan RIL diseluruh negeri walaupun kaedah tersebut kurang mendapat sambutan di kalangan mereka kerana menganggap kaedah tersebut melibatkan kos yang tinggi.Walaupun anggapan tersebut belum dibuktikan secara perangkaan yang saksama namun usaha-usaha masih diteruskan bagi menambah-baik kaedah penuaian ini sehinggalah ianya menjadi satu amalan yang biasa dikalangan masyarakat pembalak.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Proceedings Paper |
---|---|
Additional Information: | 1 table. 6 refs. |
AGROVOC Term: | FORESTRY |
AGROVOC Term: | HARVESTING |
AGROVOC Term: | LOGGING |
AGROVOC Term: | FOREST MANAGEMENT |
AGROVOC Term: | MALAYSIA |
Geographical Term: | MALAYSIA |
Depositing User: | Ms. Norfaezah Khomsan |
Last Modified: | 24 Apr 2025 05:28 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/16625 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |