Citation
Mohd Paiz Kamaruzaman, . and Zahari Ibrahim, . and Badrul Hisham Abdul Rahman, . (2004) Pemeliharaan spesies tongkat ali eurycoma longifolia melalui penubuhan kawasan perolehan biji benih SPA. [Proceedings Paper]
Abstract
Tongkat Ali eurycoma longifolia jack merupakan spesies tumbuhan hutan yang telah mendapat publisiti danpengiktirafan yang meluas dalam bidang kesihatan dan rawatan penyakit. Sebagai langkah pengawalan dan pemeliharaan sumber ini Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JPSM telah mengambil pendekatan secara pemeliharaan in-situ spesies Tongkat Ali dengan menubuhkan dua 2 Kawasan Perolehan Dirian Biji Benih SPA bagi setiap Renj Hutan di seluruh Semenanjung Malaysia. Objektif penubuhan kawasan SPA ini adalah untuk menjamin dan memelihara sumber secara berkekalanmenambahkan bekalan biji benih Tongkat Ali yang bermutu untuk kegunaan program perladangan herba dan menyediakan pokok ibu untuk menjamin keunggulan spesies tersebut. Pasukan pengamatan fenologi telah ditubuhkan di negeri-negeri untuk membuat pengamatan bulanan ke atas aspek pembuangan dan pembuahan spesies Tongkat Ali dan seterusnya mengemukakan laporan untuk dianalisa melalui program Sistem Maklumat Sumber Genetik Hutan Forest Genetic Resources Information System- FORGRIS. Melalui program ini adalah dijangka satu model ramalan musim pembungaan dan pengeluaran buah/biji benih spesies Tongkat Ali akan dapat disediakan untuk kegunaan pengutipan biji benih dan bekalan bahan tanaman yang bermutu bagi kegunaan program penanaman dan perladangan oleh Jabatan dan Pihak swasta. Pendekatan yang telah diambil oleh JPSM dengan penubuhan SPA ini akan memainkan peranan yang penting dalam pemeliharaan spesies Tongkat Ali bagi menampung bekalan bahan mentah untuk industri herba.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Proceedings Paper |
---|---|
Additional Information: | 3 table. 20 refs. |
AGROVOC Term: | FORESTRY |
AGROVOC Term: | FOREST RESERVES |
AGROVOC Term: | FOREST RESOURCES |
AGROVOC Term: | SEED |
AGROVOC Term: | MALAYSIA |
Geographical Term: | MALAYSIA |
Depositing User: | Ms. Norfaezah Khomsan |
Last Modified: | 24 Apr 2025 05:28 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/16712 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |