Keupayaan menguasai penggunaan teknologi sistem MYeHALAL

Citation

Sazelin Arif, . and Nurdinah Abu Bakar, . and Norun Najjah Ahmat, . (2023) Keupayaan menguasai penggunaan teknologi sistem MYeHALAL. In: Halal issues in Malaysia. UMP research series, 1 . Penerbit Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pahang, Malaysia, pp. 107-136. ISBN 978-967-2831-93-8

Abstract

Sistem MYeHALAL dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada permohonan pensijilan halal di Malaysia. Transformasi permohonan pensijilan halal secara manual kepada teknologi secara dalam talian bermatlamat untuk menyelaraskan proses agar menjadi lebih teratur, berpusat dan berkesan selari dengan peralihan semasa kepada dunia digital. Namun begitu, peralihan ini menimbulkan pelbagai isu dan tanggapan negative daripada sebilangan pemohon. Justeru, artikel ini adalah bagi membincangkan halangan yang dihadapi oleh pemohon halal dalam penggunaan sistem MYeHALAL dan faktor yang menentukan keupayaan menguasai penggunaan teknologi system permohonan halal secara dalam talian. Dengan bersandarkan Actor Network Theory iaitu teori yang menganalisis kedua-dua elemen teknikal (teknologi) dan sosial (manusia) secara sama rata menerusi proses penterjemahan sebagai rangka, teknik temu bual separa berstruktur ke atas 14 orang pemohon halal serta tiga pegawai daripada JAKIM dan JAIM telah dijalankan. Kajian mendapati terdapat beberapa halangan yang dihadapi oleh pemohon halal dalam penggunaan sistem MYeHALAL. Ia merangkumi dua halangan utama iaitu masalah berkisar sistem itu sendiri dan kelemahan pengguna sistem. Berdasarkan dapatan halangan ini, kajian telah dapat mengenal pasti beberapa actor atau faktor yang menentukan keupayaan dalam menguasai penggunaan teknologi MYeHALAL sebagai sistem permohonan halal secara dalam talian. la melibatkan beberapa faktor iaitu ilmu pengetahuan. kemahiran, pengalaman, operasi penyelenggaraan dan kebolehcapaian sistem. Realitinya, terdapat banyak factor yang menyumbang atau menghalang kejayaan sesuatu sistem atau aplikasi yang dibangunkan. Memperkasakan penggunaan system secara dalam talian tidak semata-mata bergantung kepada prestasi sistem MYeHALAL, namun ia perlu dilihat secara menyeluruh merangkumi faktor lain yang turut memberi kesan berbeza kepada penggunaan sistem secara keseluruhannya.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Book Section
Additional Information: Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. BP184.9 D5H157 2023 Call Number
AGROVOC Term: religion
AGROVOC Term: information systems
AGROVOC Term: digital technology
AGROVOC Term: quality assurance
AGROVOC Term: interviews
AGROVOC Term: communities of practice
AGROVOC Term: knowledge
AGROVOC Term: skill training
Geographical Term: Malaysia
Depositing User: Mr. Khoirul Asrimi Md Nor
Date Deposited: 02 Oct 2025 10:03
Last Modified: 02 Oct 2025 10:03
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/2277

Actions (login required)

View Item View Item