Analisis Difraktometer Belauan Sinar-X (XRD) bata dan atap genting monumen jeti dan pengurusan pelabuhan SB2ZZ di Kompleks Arkeologi Sungai Batu (KASB), Lembah Bujang, Kedah

Citation

Mohd Hasfarisham Abd Halim, . and Nor Khairunnisa Talib, . and Ahmad Fadly Jusoh, . and Shyeh Sahibul Karamah Masnan, . and Mokhtar Saidin, . (2024) Analisis Difraktometer Belauan Sinar-X (XRD) bata dan atap genting monumen jeti dan pengurusan pelabuhan SB2ZZ di Kompleks Arkeologi Sungai Batu (KASB), Lembah Bujang, Kedah. Journal of Sustainability Science and Management (Malaysia), 19 (7). pp. 136-166. ISSN 2672-7226

Abstract

Kajian arkeologi yang dijalankan di tapak jeti dan pengurusan pelabuhan di Kompleks Arkeologi Sungai Batu (KASB) sejak tahun 2009 telah berupaya mendedahkan struktur binaan bangunan yang dibina sepenuhnya daripada bata. Struktur monumen tersebut juga berbumbung berdasarkan penemuan pelapik tiang dan atap genting di dalam tapak berkenaan. Bagi mendapatkan data primer berkaitan dengan bahan asas yang digunakan dalam proses pembuatan bata, atap genting serta pembinaan monumen berkenaan, maka analisis Difraktometer Belauan Sinar-X (XRD) telah dijalankan terhadap 45 sampel bata dan 15 sampel atap genting terutamanya di tapak jeti dan pengurusan pelabuhan SB2ZZ. Hasil analisis berkenaan kemudiannya dibandingkan dengan analisis sampel tanah yang diambil di bahagian tebing sungai kuno di dalam KASB. Berdasarkan perbandingan analisis, dicadangkan bahawa bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan bata dan atap genting tersebut diambil di sekitar Sungai Batu itu sendiri yang mengukuhkan pandangan berkaitan dengan penggunaan bahan asas tempatan dalam proses penghasilan bata dan atap genting bagi kerajaan Kedah Tua. Teknologi pembakaran bata dan atap genting juga berjaya diklasifikasikan berdasarkan kandungan mineral yang terdapat dalam artifak berkenaan yang secara amnya dibakar sekitar suhu 550-1,400ºC.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Article
AGROVOC Term: bricks
AGROVOC Term: construction materials
AGROVOC Term: construction
AGROVOC Term: clay soils
AGROVOC Term: rivers
Geographical Term: Malaysia
Uncontrolled Keywords: Archaeological sites, Mineralogical analysis
Depositing User: Mr. Khoirul Asrimi Md Nor
Date Deposited: 13 May 2025 07:39
Last Modified: 13 May 2025 07:39
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/2625

Actions (login required)

View Item View Item