Kasiterit bermagnet dari Semenanjung Malaysia

Citation

Wan Fuad Wan Hassan. (2009) Kasiterit bermagnet dari Semenanjung Malaysia. In: Warisan geologi Malaysia: ke arah memartabatkan sumber geowarisan. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp. 47-60. ISBN 9789675227219

Abstract

Kasiterit, SnO₂, mineral utama bagi bijih timah, seharusnya tidak bermagnet. Namun, kajian terhadap mineral ini dari beberapa tempat di Semenanjung Malaysia mendapati sesetengah butiran kasiterit memang bermagnet. Kasiterit bermagnet dalam kajian ini boleh dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu kasiterit paramagnet, kasiterit feromagnet dan kasiterit rangkuman. Kasiterit paramagnet ditemui pada longgokan bijih timah pegmatit dari Semiling, Kedah dan Bukit Mor, Johor. Kasiterit feromagnet pula ditemui dalam sampel longgokan timah kumpulan hidroterma dari Pelepah Kanan (Johor), Gambang dan Bukit Payung (Pahang), dan Paka (Terengganu). Kasiterit rangkuman pula pernah dilaporkan dari Sungai Lembing (Pahang). Kajian ini menyelidik kasiterit dengan mengguna irisan gilap, mikroprob elektron dan haba untuk menerangkan punca kemagnetan. Daripada kajian haba, kasiterit paramagnet didapati kekal bermagnet setelah di panaskan manakala kasiterit feromagnet bertukar warna dan hilang sifat kemagnetannya. Irisan gilap pula menunjukkan kasiterit paramagnet mengandungi banyak fasa mineral-mineral lain sebagai urai larutan dan rangkuman yang terdiri daripada kolumbit-tantalit, rutil Nb-Ta, ilmenit dan magnetit. Kasiterit feromagnet pula umumnya tidak mengandungi rangkuman. Mikroanalisis pada kasiterit itu sendiri, menunjukkan kehadiran unsur ferum dalam kekisi kasiterit sehingga mencapai 1.00%. Pada kesimpulannya didapati kemagnetan pada kasiterit paramagnet disebabkan urai larutan dan rangkuman mineral-mineral kolumbit-tantalit, rutil Nb-Ta, ilmenit dan magnetit. Kasiterit feromagnet pula disebabkan oleh kandungan Fe dalam kekisi SnO₂, yang tinggi, dan pada kasiterit lain kerana rangkuman dan pertumbuhan erat dengan mineral-mineral mengandungi besi.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Book Section
Additional Information: Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43000 UPM Serdang, Malaysia. QE299.5 W277 Call Number
AGROVOC Term: Cassiterite
AGROVOC Term: magnetic field
AGROVOC Term: tin
AGROVOC Term: mineral collections
AGROVOC Term: mining
AGROVOC Term: government research > government research Prefer using public researchpublic research
AGROVOC Term: geologists
AGROVOC Term: resource management
AGROVOC Term: sustainable agriculture
Geographical Term: Malaysia
Uncontrolled Keywords: Cassiterite
Depositing User: Ms. Azariah Hashim
Date Deposited: 28 Oct 2024 08:47
Last Modified: 28 Oct 2024 08:47
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/746

Actions (login required)

View Item View Item