Citation
Mohd. Fauzi Rajimin @ Jeman. (2009) Kompleks igneus kepulauan Mersing - warisan geologi Negeri Johor. In: Warisan geologi Malaysia: ke arah memartabatkan sumber geowarisan. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp. 79-92. ISBN 9789675227219
Abstract
Pulau-pulau di Daerah Mersing, Johor mempunyai pelbagai khazanah dan sumber geologi yang jarang ditemui di tempat lain,termasuklah kepelbagaian jenis batuan, morfologi, landskap dan pantai. Pulau-pulau tersebut yang terdiri daripada 13 buah pulau yang merupakan sebahagian dari Taman Laut Johor. Pulau-pulau utama seperti Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Sibu, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil menjadi tumpuan pelancong dan penyelam skuba kerana pantai dan terumbu karangnya yang cantik. Setiap pulau mempunyai keistimewaan geologinya yang tersendiri. Pulau Besar terdiri daripada batuan granit, metasedimen dan daik dolerit. Granit di pulau ini mempunyai kandungan SiO₂ yang sangat tinggi dan ini jarang ditemui dalam jumlah isi padu yang besar. Pulau Sibu dan Pulau Tinggi pula didominasi oleh batuan volkanik daripada jenis lava dan piroklas. Batuan igneus volkanik yang berselang lapis boleh ditemui di kedua-dua pulau ini terutamanya Pulau Sibu dan kadangkala menyerupai batuan sedimen. Sesuai dengan namanya, Pulau Tinggi merupakan puncak yang tertinggi di Daerah Mersing. Pulau Aur dan Pulau Pemanggil pula dibentuk oleh batuan igneus plutonik yang paling ke timur dalam Jalur Timur Semenanjung Malaysia. Kedua-dua pulau ini terdiri daripada batuan plutonik pertengahan hingga mafik seperti syenit, diorit, trakit dan gabro. Selain daripada pelbagai rupabumi pantai yang menarik terdapat beberapa morfologi yang jarang ditemui contohnya morfologi kubah (dome) batuan pluton Bukit Buau di Teluk Buau, Pulau Pemanggil dan morfologi tebing tinggi sepanjang 1 kilometer yang licin seperti digilap di Tanjung Neratan, Pulau Dayang. Kesemuanya menghasilkan landskap yang menarik yang perlu dipelihara untuk kajian dan warisan generasi akan datang.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Additional Information: | Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43000 UPM Serdang, Malaysia. QE299.5 W277 Call Number |
AGROVOC Term: | igneous rocks |
AGROVOC Term: | geological history |
AGROVOC Term: | natural heritage |
AGROVOC Term: | islands |
AGROVOC Term: | surveys |
AGROVOC Term: | scientific research > scientific research Prefer using researchresearch |
AGROVOC Term: | geologists |
AGROVOC Term: | government agencies |
AGROVOC Term: | economic development |
Geographical Term: | Malaysia |
Depositing User: | Ms. Azariah Hashim |
Date Deposited: | 28 Oct 2024 09:06 |
Last Modified: | 28 Oct 2024 09:06 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/748 |
Actions (login required)
View Item |