Citation
Abdul Rahim Samsudin and Nurul Baizura Mohd Yunus and Kamal Roslan Mohamed. (2009) Survei keamatan medan magnet bumi serta kaitannya dengan geologi permukaan di Pulau Tuba dan di kawasan Taman Georimba Machinchang, Langkawi. In: Warisan geologi Malaysia: ke arah memartabatkan sumber geowarisan. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp. 93-105. ISBN 9789675227219
Abstract
Survei magnet telah dijalankan untuk mengkaji pengaruh perbezaan jenis batuan terhadap keamataan medan magnet bumi di Pulau Tuba dan di Taman Georimba Machinchang Langkawi. Keamatan medan magnet bumi diukur menggunakan magnetometer liukan proton di sepanjang beberapa rentisan di dalam kawasan batuan granit, sedimen dan aluvium di Pulau Tuba. Beberapa rentisan magnet telah dilakukan di kawasan Taman Georimba Machinchang yang terdiri daripada kebanyakannya batu pasir Formasi Machinchang. Sebahagian profil magnet dibuat hampir berserenjang dengan sempadan litologi. Hasil kajian menunjukkan keamatan medan magnet bumi dalam kawasan granit di Pulau Tuba adalah relatif lebih tinggi (berjulat dari 41450 hingga 41500 gamma) berbanding keamatan medan magnet di kawasan aluvium (41300 hingga 41480 gamma). Manakala dalam kawasan batuan sedimen Formasi Setul, medan magnet memperlihatkan ciri keamatan menaik dan menurun di sepanjang profil dengan nilai kemagnetan yang direkodkan berubah daripada 41460 hingga 41550 gamma, lebih tinggi berbanding pengukuran yang dibuat di kawasan granit. Kenaikan dan penurunan keamatan medan magnet ditafsirkan akibat kehadiran kandungan mineral bermagnet yang tinggi dan tidak seragam dalam jasad batuan Formasi Setul. Analisis geokimia menggunakan kaedah Spektrometer Serapan Atom (AAS) menunjukkan terdapatnya kandungan oksida besi yang tinggi dalam batuan sedimen dan ini boleh menyebabkan turun naiknya keamatan medan magnet yang diukur. Pola kenaikan dan penurunan keamatan medan magnet secara tidak regular ini juga berlaku untuk profil keamatan medan magnet di kawasan Taman Georimba Machinchang dengan keamatan magnet direkodkan sekitar 41200 ke 41700 gama. Granit di kawasan Kg. Kok Baru menunjukkan keamatan medan yang agak tinggi dengan julat bacaan daripada 42100 hingga 42500 gama.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Additional Information: | Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43000 UPM Serdang, Malaysia. QE299.5 W277 Call Number |
AGROVOC Term: | geomagnetic field |
AGROVOC Term: | geology |
AGROVOC Term: | national parks |
AGROVOC Term: | surveys |
AGROVOC Term: | mapping > mapping Prefer using cartographycartography |
AGROVOC Term: | public education |
AGROVOC Term: | geologists |
AGROVOC Term: | government agencies |
AGROVOC Term: | tourism |
AGROVOC Term: | economic development |
Geographical Term: | Malaysia |
Depositing User: | Ms. Azariah Hashim |
Date Deposited: | 29 Oct 2024 01:30 |
Last Modified: | 29 Oct 2024 01:30 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/749 |
Actions (login required)
View Item |