Citation
Muhammad Umar Sarimal. (2009) Potensi Gua Cha sebagai Tapak Warisan Geologi di Kelantan. In: Warisan geologi Malaysia: ke arah memartabatkan sumber geowarisan. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp. 127-139. ISBN 9789675227219
Abstract
Gua Cha terletak 48 km di barat laut pekan Gua Musang. Ianya terletak di tebing barat Sungai Nenggiri, Ulu Kelantan, kira-kira 16 km ke hilir Kg. Kuala Betis. Panjang permukaan Gua Cha yang berbentuk kon ini adalah kira-kira 150 m dengan ketinggian puncak kira-kira 20 m. Gua Cha menjadi terkenal kerana tempat ini merupakan tapak penemuan bahan artifak sebagai bukti kehadiran manusia pra-sejarah zaman ‘Hoabinhian' dan Neolitik (berusia kira-kira 10,000 dan 4,000 tahun dahulu). Gua Cha terbentuk di dalam kawasan Formasi Gua Musang yang berusia Perm Tengah-Trias Tengah dengan persekitaran pengendapan laut cetek. Gua Cha ini terbentuk di dalam bukit batu kapur melalui pelbagai proses seperti proses pelarutan permukaan yang aktif dan tindakan aliran air sungai kuno. Unit batuan di sini adalah berwarna kelabu, keras dan berbutiran halus. Pembentukan stalagtit berbentuk kelopak bunga, payung dan jari manusia di dalam gua telah berjaya mempamerkan nilai estetik yang tinggi. Selain itu, turut dilihat ialah serpihan batu kapur yang tersimen di beberapa bahagian bumbung gua.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Additional Information: | Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43000 UPM Serdang, Malaysia. QE299.5 W277 Call Number |
AGROVOC Term: | caves |
AGROVOC Term: | geological history |
AGROVOC Term: | natural heritage |
AGROVOC Term: | tourism |
AGROVOC Term: | public education |
AGROVOC Term: | geologists |
AGROVOC Term: | government agencies |
AGROVOC Term: | economic benefits |
Geographical Term: | Malaysia |
Depositing User: | Ms. Azariah Hashim |
Date Deposited: | 29 Oct 2024 01:55 |
Last Modified: | 29 Oct 2024 01:55 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/751 |
Actions (login required)
View Item |