Citation
Dana Badang. (2009) Warisan geologi kawasan Taman Negara Mulu. In: Warisan geologi Malaysia: ke arah memartabatkan sumber geowarisan. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp. 141-163. ISBN 9789675227219
Abstract
Taman Negara Mulu merupakan taman negara terbesar di Malaysia, terletak di bahagian utara negeri Sarawak. Ia memiliki keunikan semula jadi yang menakjubkan daripada aspek kepelbagaian geologi, biologi dan budaya. Geologinya terdiri daripada batuan sedimen berusia Tertier seperti aluvium, batu pasir dan formasi batu kapur. Kepelbagaian geologi juga merupakan asas kewujudan kepelbagaian biologi di kawasan Mulu. Taman Negara Mulu menghimpunkan habitat semula jadi hutan hujan tropika yang membentuk landskap menarik dan bernilai warisan, khususnya dalam Batu Kapur Melinau. Gabungan kepelbagaian geologi, landskap dan biologi menjadikan Taman Negara Mulu sebagai destinasi pelancongan tabii (ekopelancongan) utama. Kepentingan geodiversiti dan warisan landskap geologi mulai diberi perhatian khusus dalam promosi ekopelancongan Taman Negara Mulu. Pemetaan yang sedang dijalankan di kawasan Taman Negara Mulu dapat menambah dokumentasi maklumat warisan geologi. Maklumat berkenaan penting dalam usaha pemuliharaan warisan geologi bagi memacu aktiviti ekopelancongan berteraskan aspek geologi iaitu geopelancongan di Taman Negara Mulu.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Additional Information: | Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43000 UPM Serdang, Malaysia. QE299.5 W277 Call Number |
AGROVOC Term: | geological history |
AGROVOC Term: | natural heritage |
AGROVOC Term: | caves |
AGROVOC Term: | national parks |
AGROVOC Term: | environmental assessment > environmental assessment Prefer using environmental impact assessmentenvironmental impact assessment |
AGROVOC Term: | geologists |
AGROVOC Term: | local communities |
AGROVOC Term: | government agencies |
AGROVOC Term: | economic growth |
AGROVOC Term: | sustainable agriculture |
Geographical Term: | Malaysia |
Depositing User: | Ms. Azariah Hashim |
Date Deposited: | 29 Oct 2024 02:15 |
Last Modified: | 29 Oct 2024 02:15 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/752 |
Actions (login required)
View Item |