Citation
Ishlahuda Hani Sahak and Mohd Shafeea Leman and Ros Fatihah Muhammad and Mohd Irwan Ariff. (2009) Potensi pembangunan lestari sumber geowarisan Lembah Kinta. In: Warisan geologi Malaysia: ke arah memartabatkan sumber geowarisan. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp. 215-240. ISBN 9789675227219
Abstract
Lembah Kinta di Negeri Perak bukan sahaja kaya dengan warisan sejarah perlombongan bijih timah, tetapi juga amat kaya dengan sejarah geologi dan kepelbagaian landskap semula jadi. Antara fitur warisan geologi menarik di Lembah Kinta termasuklah beberapa gua batu kapur, air terjun dan lata di kaki Banjaran Titiwangsa, landskap pergunungan dan bukit kars, mata-mata air panas, tapak arkeologi dan kesan-kesan sejarah perlombongan. Keadaan geologi yang istimewa menjadikan Lembah Kinta amat terkenal dengan pengeluaran komoditi bijih timah yang telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi negara suatu ketika dahulu. Persekitaran fizikal yang istimewa menggalakkan wujudnya hubungan yang rapat antara manusia dengan sumber geologi di Lembah Kinta, Kebanyakan gua batu kapur di lembah ini mempunyai sejarah silam seperti menjadi petempatan awal atau tempat berlindung bagi masyarakat purba, pembinaan rumah-rumah berhala dan tapak perlombongan bijih timah. Gabungan sumber warisan geologi, arkeologi, himpunan biodiversiti yang unik, endemik dan terancam serta kepelbagaian budaya dan tradisi masyarakat setempat di Lembah Kinta boleh dibangunkan sebagai daya tarikan pelancongan. Sumber-sumber warisan ini sedang menghadapi masalah kemerosotan yang membimbangkan akibat hambatan pembangunan pesat perindustrian bahan mineral industri. Program pemuliharaan dan pembangunan lestari secara holistik melalui konsep geopelancongan dan geopark, mampu memasyhurkan Lembah Kinta di mata masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Additional Information: | Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43000 UPM Serdang, Malaysia. QE299.5 W277 Call Number |
AGROVOC Term: | geological history |
AGROVOC Term: | natural heritage |
AGROVOC Term: | karst |
AGROVOC Term: | natural resources |
AGROVOC Term: | environmental impact assessment |
AGROVOC Term: | geologists |
AGROVOC Term: | local communities |
AGROVOC Term: | preservation |
AGROVOC Term: | economic development |
AGROVOC Term: | sustainable development |
Geographical Term: | Malaysia |
Depositing User: | Ms. Azariah Hashim |
Date Deposited: | 29 Oct 2024 06:55 |
Last Modified: | 29 Oct 2024 06:55 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/756 |
Actions (login required)
View Item |