Biodiversiti serangga ranting di rezab hidupan liar Endau-Kluang Johor Malaysia

Citation

Zahidah Dahalan, . and Bakhtiar Effendi Yahya, . and Azniza Mahyudin, . and Abdul Hamid Ahmad, . Biodiversiti serangga ranting di rezab hidupan liar Endau-Kluang Johor Malaysia. pp. 47-52. ISSN 0121-8126

Abstract

Kajian inventori serangga ranting telah dijalankan di Hutan Simpan Endau-Kluang Johor semasa Inventori Biodiversiti Rezab Hidupan Liar Endau-Kluang Johor pada 28 Oktober hingga 1 November 2008. Persampelan telah dilakukan secara pencarian oportunistik di sepanjang trail-trail kajian. Sebanyak 18 spesies (42 individu) telah berjaya direkodkan yang merangkumi empat family iaitu Heteronemiidae Aschiphasmatidae Phasmatidae dan Bacillidae. Daripada jumlah ini Famili Heteronemiidae merupakan famili dominan (83 ) dengan kepelbagaian spesies yang paling tinggi iaitu 15 spesies. Manakala tiga famili yang lain direkodkan sebanyak satu spesies bagi setiap famili. Famili Heteronemiidae merupakan famili yang terbesar dalam order Phasmida. Kebanyakan spesies dari famili tersebut biasanya dapat ditemui di mana-mana hutan tropika. Spesies yang paling tinggi kelimpahan ialah Abrosoma johorensis diikuti oleh Lonchodes sp Prisomera malaya Diesbachia tamyris dan Pylaemenes mitratus. Senarai serangga ranting yang diperolehi dalam kajian ini merupakan senarai yang pertama kali dilaporkan bagi kawasan Rezab Hidupan Liar Endau-Kluang Johor.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Article
AGROVOC Term: Stick insects
AGROVOC Term: Phasmida
AGROVOC Term: Biodiversity
AGROVOC Term: Inventories
AGROVOC Term: Forest reserves
AGROVOC Term: Species diversity
AGROVOC Term: Families
AGROVOC Term: Species
Depositing User: Mr. AFANDI ABDUL MALEK
Last Modified: 24 Apr 2025 00:54
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/8375

Actions (login required)

View Item View Item