Struktur komuniti pokok di rintis Guntung Keriung Taman Negeri Endau-Rompin Pahang Malaysia

Citation

Norsiah B., . and Wan Juliana W. A., . and Mohd Nizam M. S., . Struktur komuniti pokok di rintis Guntung Keriung Taman Negeri Endau-Rompin Pahang Malaysia. pp. 79-86. ISSN 0121-8126

Abstract

Satu kajian bagi menentukan komposisi kepelbagaian dan biojisim pokok telah dijalankan di dalam plot seluas 0.7 hektar di sepanjang rintis Gunung Guntung Keriung ke Padang Tujuh Taman Negeri Endau Rompin (TNER) Pahang. Penyelidikan berkenaan komposisi flora kurang dijalankan di TNER yang mempunyai kepelbagaian flora dan fauna yang unik dan menarik menyebabkan kajian ini dijalankan bagi memenuhi sebahagian maklumat yang belum dipenuhi untuk dijadikan panduan bagi kajian yang seterusnya dan menjadi salah satu daya tarikan dalam aktiviti ekopelancongan negeri Pahang. Persampelan secara sistematik iaitu kaedah transek berselang telah digunakan. Lapan plot bersaiz 50 x 20 m dibina pada setiap 100 m di sepanjang transek. Pesampelan tumbuhan diambil mengikut plot yang telah dibina dan dianalisis secara kuantitatif. Sejumlah 1152 individu pokok berdiameter pada paras dada (dbh) 5 cm dan ke atas telah di rekodkan dengan menggambarkan kepadatan pokok sebanyak 1440 pokok/ha. Komposisi pokok terdiri daripada 324 spesies 154 genus dan 55 famili. Syzygium sp. merupakan spesies yang paling dominan dengan Nilai Indeks Kepentingan (IVi) 3.95. Indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener (H) bernilai 4.76 Indeks Kedominan Simpsons (l) bernilai 0.012 dan Indeks Keseragaman (E) bernilai 0.91 menunjukkan kepelbagaian spesies di kawasan kajian adalah tinggi dalam situasi kelimpahan hampir sama rata dengan kedominan spesies adalah rendah. Biojisim atas tanah dianggarkan 400.17 tan/ha.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Article
AGROVOC Term: Trees
AGROVOC Term: Timber trees
AGROVOC Term: Forest trees
AGROVOC Term: Forestry biology
AGROVOC Term: Sampling
AGROVOC Term: Data collection
AGROVOC Term: Community forestry
AGROVOC Term: Breast height diameter
AGROVOC Term: Myrtaceae
AGROVOC Term: Syzygium
Depositing User: Mr. AFANDI ABDUL MALEK
Last Modified: 24 Apr 2025 00:54
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/8382

Actions (login required)

View Item View Item