Penilaian kualiti air sungai di kawasan Gunung Jerai berdasarkan Indeks Harkins

Citation

Mohd. Kamil Yusoff and Abd. Rashid Haron and Nur Aina Khairuddin and Mohd. Zamani Ismail and Norhafiza Mat Daud and Maznah Mahali and Wan Hilmizi Wan Aziz (2006) Penilaian kualiti air sungai di kawasan Gunung Jerai berdasarkan Indeks Harkins. In: Hutan simpan Gunung Jerai, Kedah: pengurusan, persekitaran fizikal dan kepelbagaian biologi. Siri kepelbagaian biologi hutan (6). Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia, pp. 77-87. ISBN 9839269402

Abstract

Kajian penilaian kualiti air sungai telah dijalankan di kawasan Gunung Jerai dan persekitarannya. Untuk tujuan itu, sebanyak lapan belas lokasi penyampelan telah dikaji dan sampel air telah diambil dan dianalisis dengan menggunakan kaedah piawai. Parameter kualiti air dibahagikan kepada dua kategori iaitu parameter in-situ dan parameter yang dianalisiskan di makmal. Parameter in-situ ialah pH, suhu, pengkonduksian elektrik (Ec), oksigen terlarut (DO) dan kekeruhan manakala parameter yang dianalisiskan di makmal ialah permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), ammonia-nitrogen (NH₃-N), fosfat (PO₄), sulfat (SO₄), pepejal terampai (TSS) dan E. coli, Selain daripada parameter kualiti air, penentuan kadar aliran sungai juga diukur. Kaedah Indeks Harkins telah digunakan untuk penentuan indeks kualiti air dan pengelasan sungai. Kadar aliran sungai secara keseluruhannya berada pada tahap 0.01 hingga 4.40 m³/saat dan variasi kadar aliran tersebut banyak mempengaruhi kandungan oksigen terlarut. Secara keseluruhannya tahap kualiti air sungai di Gunung Jerai dan persekitarannya tergolong dalam Kelas I dan II iaitu dengan julat indeks kualiti air di antara 6.63 hingga 26.26. Bilangan lokasi yang tergolong dalam Kelas I ialah empat lokasi dan yang selebihnya tergolong dalam Kelas II. Tahap tersebut menggambarkan badan air di Gunung Jerai dan persekitarannya masih belum tercemar dan berpotensi untuk kegunaan sebagai sumber air untuk domestik, rekreasi dan akuakultur.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Book Section
Additional Information: Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43000 UPM Serdang, Malaysia. Call Number QH77 M3K4973
AGROVOC Term: river water
AGROVOC Term: water quality
AGROVOC Term: water sampling
AGROVOC Term: water analysis
AGROVOC Term: stream flow
AGROVOC Term: water pollution
AGROVOC Term: mountains
Geographical Term: Malaysia
Depositing User: Ms. Azariah Hashim
Date Deposited: 20 Aug 2024 07:16
Last Modified: 20 Aug 2024 07:16
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/909

Actions (login required)

View Item View Item