Kajian struktur komuniti Nepenthes dan hubungan ciri fiziko-kimia tanih dengan kepadatan spesies pada empat altitud berbeza di Gunung Jerai

Citation

Mohd. Zaki Aon and Jumaat H. Adam and Hafiza A. Hamid and Norlida Mat Leh and Rabiatul Adawiyah Salleh and Ramlan Omar (2006) Kajian struktur komuniti Nepenthes dan hubungan ciri fiziko-kimia tanih dengan kepadatan spesies pada empat altitud berbeza di Gunung Jerai. In: Hutan simpan Gunung Jerai, Kedah: pengurusan, persekitaran fizikal dan kepelbagaian biologi. Siri kepelbagaian biologi hutan (6). Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia, pp. 238-262. ISBN 9839269402

Abstract

Satu kajian telah dijalankan untuk menentukan struktur komuniti dan korelasi ciri fiziko-kimia tanih dengan kepadatan Nepenthes pada empat altitud berbeza di Gunung Jerai. Satu plot berukuran 10 m x 100 m telah dibina pada altitud 600m, 800m, 1000m dan 1200m. Kepadatan dan corak taburan populasi ditentukan dengan Indeks Kepadatan (D¡) dan Indeks Taburan Morisita (Iᵈ). Satu spesies iaitu Nepenthes albomarginata dikenalpasti hadir di kawasan kajian. Ciri utama yang ada pada spesies ini ialah jalur rerambut putih di bahagian bawah bibir mulut periuk. Dua varieti N. albomarginata telah direkod iaitu varieti periuk warna merah dan hijau. Sebanyak 536 individu ditemui pada empat altitud kajian. Kepadatan populasi tertinggi didapati pada altitud 800m iaitu D¡=325/0. 1 ha dan diikuti pada altitud 1200m dan 600m dengan nilai masing-masing D¡ = 141/0.1 ha dan 28/0.1 ha. Nilai D¡ paling rendah direkod pada altitud 800 m iaitu 22/0.1 ha. Mengikut fasa hidup, populasi dinamik dicerap di mana bilangan anak pokok dan anak cambah mengatasi bilangan pokok dewasa dengan nilai D¡ masing-masing 192, 190 dan 154/0.1 ha. Corak taburan berkelompok dikesan pada semua altitud kajian untuk tiga fasa hidup kecuali bagi pokok dewasa pada altitud 600 m iaitu rawak. pH tanih pada semua altitud adalah tanih berasid yang mempunyai nilai pH 3.83-4.5. Tanih ini mempunyai H⁺ dan Al³⁺ yang tinggi dan kandungan bes yang rendah kerana proses larutlesap yang tinggi. Tanih pada 1200m dan 1000 m mempunyai tanih lom berkelodak, manakala tanih lom berpasir pada altitud 800m dan 600m. Ujian korelasi menunjukkan kapasiti pertukaran kation dan kandungan air berkorelasi positif dengan kepadatan, manakala pH dan bahan organik adalah berkorelasi negatif.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Book Section
Additional Information: Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43000 UPM Serdang, Malaysia.Call Number QH77 M3K4973
AGROVOC Term: carnivorous plants
AGROVOC Term: insectivores
AGROVOC Term: plant population
AGROVOC Term: mountains
AGROVOC Term: altitude
AGROVOC Term: dominant species
AGROVOC Term: plant anatomy
AGROVOC Term: chemicophysical properties
AGROVOC Term: soil analysis
AGROVOC Term: research
Geographical Term: Malaysia
Uncontrolled Keywords: pitcher plant, Nepenthes albomarginata
Depositing User: Ms. Azariah Hashim
Date Deposited: 26 Aug 2024 03:28
Last Modified: 26 Aug 2024 04:17
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/932

Actions (login required)

View Item View Item