Fauna ektoparasit di altitud berbeza di Hutan Simpan Gunung Jerai

Citation

Mariana A. and Mohd. Kulaimi B. and Halimaton I. and Ho, T. M. and Saleh I. and Zuraidawati Z. and Shukor M. N. and Shahrul Anuar M. S. (2006) Fauna ektoparasit di altitud berbeza di Hutan Simpan Gunung Jerai. In: Hutan simpan Gunung Jerai, Kedah: pengurusan, persekitaran fizikal dan kepelbagaian biologi. Siri kepelbagaian biologi hutan (6). Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia, pp. 317-327. ISBN 9839269402

Abstract

Kajian ini telah menghasilkan senarai kedua ektoparasit di kawasan ini setelah 44 tahun kajian pertama dijalankan. Tangkapan mamalia kecil telah dilakukan selama tujuh malam berturut-turut menggunakan 150 perangkap dawai di tiga altitud berbeza dalam kawasan ekspedisi. Altitud yang dikaji ialah 500m, 800 m dan 1100 m dari aras laut. Tangkapan burung dan kelawar dilakukan menggunakan 40 jaring halus dan empat perangkap Harp selama lima malam berturut-turut di dua tapak kajian lain dengan altitud 200 m dari aras laut. Sejumlah 215 haiwan terdiri daripada 21 spesies burung, 17 spesies kelawar, dua spesies mammalia kecil dan tiga spesies amfibia telah diperiksa untuk kehadiran ektoparasit. Pemeriksaan juga dilakukan ke atas vegetasi dan manusia yang terkena rayapan sengkenit. Daripada pemeriksaan ini, sejumlah 20 genus dan 17 spesies ektoparasit yang terdiri daripada tujuh spesies sengkenit; enam spesies hama Mesostigmatid, dua spesies tungau, satu spesies pinjal dan satu spesies kutu telah dikenalpasti. Tiga genus daripada ektoparasit tersebut adalah rekod lokaliti baru untuk Gunung Jerai. Genus tersebut ialah Blankaartia, Rudnicula dan Trombigastia. Empat daripada spesies ektoparasit yang dijumpai, Dermacentor auratus; Ixodes granulatus, Laelaps nuttalli dan Leptotrombidium deliense telah diketahui mempunyai kepentingan kesihatan awam iaitu boleh menjadi vektor pembawa penyakit.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Book Section
Additional Information: Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43000 UPM Serdang, Malaysia.Call Number QH77 M3K4973
AGROVOC Term: ectoparasites
AGROVOC Term: altitude
AGROVOC Term: species checklists
AGROVOC Term: trapping
AGROVOC Term: environmental factors
AGROVOC Term: data collection
AGROVOC Term: mountains
Geographical Term: Malaysia
Depositing User: Ms. Azariah Hashim
Date Deposited: 26 Aug 2024 07:29
Last Modified: 26 Aug 2024 07:29
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/953

Actions (login required)

View Item View Item