Persepsi pengeluar snek terhadap pembungkusan dan pelabelan

Citation

Suwardi Afandi Ahmad, . and Mohd Arif Wahid, . Persepsi pengeluar snek terhadap pembungkusan dan pelabelan. pp. 155-162. ISSN 1823-8149

Abstract

Pembungkusan memainkan peranan penting sebagai pelindung kepada produk. Dalam aspek pemasaran pembungkusan mampu bertindak sebagai ejen iklan atau ejen jualan. Akta dan peraturan makanan telah mewajibkan supaya produk makanan yang dibungkuskan wajib mempunyai label. Label penting kerana ia dapat memberikan maklumat yang diperlukan oleh pengguna. Dalam industry perusahaan snek kelemahan dalam aspek pembungkusan masih kelihatan terutama dalam kalangan pengeluar bersaiz kecil. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi pengeluar snek terhadap fungsi pembungkusan dan pemahaman mereka terhadap tujuan pelabelan. Kajian ini menggunakan data primer yang dikumpul melalui temu bual secara bersemuka dengan 74 pengeluar snek. Data dikumpul dengan menggunakan borang selidik berstruktur. Keputusan kajian menunjukkan tahap pengetahuan responden terhadap fungsi pembungkusan masih rendah. Kebanykan responden tidak menganggap pembungkusan sebagai ejen pengiklanan. Persepsi ini sangat dipengaruhi oleh pendidikan dan jantina. Ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan responden yang pernah mendapat khidmat nasihat lebih memahami tujuan pelabelan berbanding dengan responden yang tidak mendapat khidmat nasihat. Bagi meningkatkan pengetahuan responden perlu menghadiri kursus atau seminar yang berkaitan dengan pembungkusan. Jabatan dan agensi yang menyediakan kursus atau seminar perlu memberi penekanan terhadap peranan pembungkusan sebagai ejen pengiklanan.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Article
AGROVOC Term: Perception
AGROVOC Term: Snacks
AGROVOC Term: Packaging
AGROVOC Term: Product labelling
AGROVOC Term: Advertising
AGROVOC Term: Marketing strategy
AGROVOC Term: Packaging industry
AGROVOC Term: Food industry
AGROVOC Term: Information dissemination
AGROVOC Term: Training programmes
Depositing User: Mr. AFANDI ABDUL MALEK
Last Modified: 24 Apr 2025 00:55
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/9613

Actions (login required)

View Item View Item