Ekonomi penternakan rumpai laut di Sabah

Citation

Nur Fazliana Md. Noh, . and Rashilah Mohamad, . Ekonomi penternakan rumpai laut di Sabah. pp. 11-17. ISSN 1823-8149

Abstract

Sabah merupakan pengeluar utama rumpai laut di Malaysia dengan keluasan kawasan penternakan 12 895 hektar. Kajian telah dijalankan untuk menentukan modal pelaburan awalan yang telah dilaburkan bagi penternakan rumpai laut secara kecil-kecilan dan juga untuk menentukan daya maju projek penternakan. Sejumlah 292 penternak rumpai laut telah disoal selidik di tiga daerah penternakan utama di negeri Sabah iaitu Semporna Kunak dan Tawau. Kajian menunjukkan semua responden mengamalkan kaedah penanaman ramai seperti yang disarankan oleh Jabatan Perikanan Sabah. Sebanyak 40 responden mengamalkan tempoh pusingan penternakan 40 hari. Purata produktiviti tahunan tertinggi bagi rawai sepanjang 1 000 meter direkodkan di Tawau. Kebanyakan responden (74) menternak 9-12 kali setahun dengan purata kos pengeluaran RM0.42 sehingga RM0.64 sekilogram kering. Penternakan secara kecil-kecilan ini memberikan pulangan yang lumayan dengan purata margin keuntungan RM 1.40 hingga RM 1.60 sekilogram manakala purata kadar pulangan dalaman ternakan 42-78 (berdasarkan harga jualan RM4.00/kg). Ini jelas menunjukkan penternakan rumpai laut secara kecil-kecilan ini memberikan pulangan ekonomi yang baik.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Article
AGROVOC Term: Seaweed farming
AGROVOC Term: Seaweed culture
AGROVOC Term: Small scale farming
AGROVOC Term: Investment requirements
AGROVOC Term: longlining
AGROVOC Term: Plant production
AGROVOC Term: Productivity
AGROVOC Term: Profitability
AGROVOC Term: Production economics
Depositing User: Mr. AFANDI ABDUL MALEK
Last Modified: 24 Apr 2025 00:55
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/9701

Actions (login required)

View Item View Item