Potensi dan daya maju teknologi penanaman halia secara fertigasi

Citation

Yaseer Suhaimi Mohd, . and Mohamad Abd Manas, . and Suwardi Afandi Ahmad, . and Omar Taib, . Potensi dan daya maju teknologi penanaman halia secara fertigasi. pp. 43-49. ISSN 1823-8149

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai kos dan faedah penanaman halia secara fertigasi dengan kaedah konvensional untuk pengeluaran halia tua dan muda. Data kajian diperoleh daripada plot projek perintis MARDI dan Jabatan pertanian. Analisis kos dan faedah menunjukkan kos pengeluaran untuk halia tua dan muda menggunakan sistem fertigasi masing-masing ialah RM0.90/kg dan RM1.41/kg berbanding dengan RM1.36/kg dan RM 1.24/kg menggunakan kaedah konvensional. Pendapatan bersih tahunan bagi pengeluaran halia tua (RM174 680/ha)dan muda (RM32 500/ha) adalah tinggi menggunakan sistem fertigasi berbanding dengan kaedah konvensional (halia tua: RM49 200/ha dan halia muda: RM21 100/ha). Pendapatan bersih yang tinggi ini berpunca daripada hasil halia yang tinggi 2-3 kali ganda per hektar berbanding dengan kaedah konvensional. Analisis belanjawan separa juga menunjukkan nilai faedah yang tinggi berbanding dengan nilai implokasi sekiranya petani bertukar kepada sistem penanaman halia secara fertigasi berbanding dengan kaedah konvensional. Secara keseluruhannya teknologi penanaman halia secara fertigasi terbukti dalam meningkatkan hasil serta mempunyai daya maju yang tinggi. Kos atau modal permulaan yang tinggi dapat diimbangi dengan hasil pengeluaran yang tinggi. Teknologi ini juga lebih mestra alam serta selaras dengan amalan pembangunan pertanian lestari.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Article
AGROVOC Term: Ginger
AGROVOC Term: Zingiber officinale
AGROVOC Term: Plant cultivation
AGROVOC Term: Fertigation
AGROVOC Term: Ecological agriculture
AGROVOC Term: Production costs
AGROVOC Term: Economic value
AGROVOC Term: Yield increases
AGROVOC Term: Viability
AGROVOC Term: Sustainable agriculture
Depositing User: Mr. AFANDI ABDUL MALEK
Last Modified: 24 Apr 2025 00:55
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/9704

Actions (login required)

View Item View Item