Citation
Nur Azlina, . and Muhammad Faireal Ahmad, . and Abd. Malek Othman, . and Rashidah Mohamad, . and Nur Fazliana Md Noh, . Daya maju dan daya saing industri rumpai laut Malaysia. pp. 1-11. ISSN 1823-8149
Abstract
Rumpai laut telah dikenal pasti sebagai salah satu komoditi pertanian bernilai tinggi dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pertanian. Kerajaan memberikan perhatian dan sokongan melalui pelbagai program untuk memajukan industri rumpai laut. Sabah merupakan pengeluar utama rumpai laut dan sehingga kini pengeluaran di pesisir pantainya dianggarkan seluas 12 895 hektar dan melibatkan 1 258 penternak kecil. Penternak telah mengamalkan kaedah pengkulturan yang disyorkan oleh Jabatan Perikanan Sabah (JPS) dengan menumpukan pengeluaran rumpai laut jenis Kappaphycus spp. Purata keluasan kawasan tanaman bagi seorang penternak ialah 2.3 ekar dan kebanyakan mereka mengamalkan kaedah long-line. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan daya maju penternakan rumpai laut secara kecil-kecilan dan menilai daya saing pengeluaran rumpai laut Malaysia di pasaran dunia. Kajian ini menunjukkan bahawa pengkulturan rumpai laut secara kecil-kecilan di Sabah adalah berdaya maju. Kos purata pengeluaran rumpai laut kering ialah RM0.63 sekilogram dengan purata harga jualan ladang ialah RM1.90 sekilogram sementara harga rumpai laut kering untuk pemprosesan karagenan yang dijual kepada kilang pemprosesan ialah RM2.50 sekilogram. Industri ini masih lagi merupakan industri baharu dan belum diterokao sepenuhnya. Masih terdapat anggaran 80 kawasan yang sesuai tetapi belum diterokai. Dengan meningkatkan kawasan dan produktiviti pengeluaran industri ini akan dapat menyumbang kepada pendapatan negara.
Download File
Full text available from:
Official URL: http://etmr.mardi.gov.my/Content/ETMR%20Vol.8%20(2...
|

Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
AGROVOC Term: | Seaweeds |
AGROVOC Term: | Kappaphycus alvarezii |
AGROVOC Term: | Seaweed farming |
AGROVOC Term: | Seaweed culture |
AGROVOC Term: | Agricultural research |
AGROVOC Term: | Viability |
AGROVOC Term: | Productivity |
AGROVOC Term: | Production |
AGROVOC Term: | National income |
Depositing User: | Mr. AFANDI ABDUL MALEK |
Last Modified: | 24 Apr 2025 00:55 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/9708 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |