Citation
Fadhilah Annaim Huda Hashim, . and Tapsir Serin, . Kecekapan teknikal tanaman pisang: perbandingan anak pisang kultur tisu dengan konvensional. pp. 71-83. ISSN 1823-8149
Abstract
Pengeluaran anak pisang melalui teknik kultur tisu telah mula dilaksanakan oleh MARDI sejak awal 80-an. Perbandingan kecekapan teknikal antara ladang pisang yang menggunakan anak pokok kultur tisu dengan cara konvensional telah dikaji dengan melibatkan 54 orang penanam pisang. Hasil kajian mendapati kos pengeluaran pisang ladang konvensional 31 lebih tinggi daripada ladang kultur tisu. Kos racun serangga tenaga kerja dan petrol/diesel memberi perbezaan yang signifikan antara kedua-dua jenis ladang. Kos racun serangga bagi ladang kultur tisu 47 lebih tinggi daripada ladang konvensional. Sebaliknya bagi kos tenaga kerja dan diesel/petrol ladang konvensional lebih tinggi daripada ladang pisang kultur tisu masing-masing sebanyak 47 dan 57. Fungsi pengeluaran Cobb-Douglas menunjukkan faktor yang mempunyai perkaitan yang signifikan dengan jumlah pengeluaran pisang ialah faktor tanah tenaga kerja anak pokok dan baja. Regresi linear berbilang mendapati faktor penentu yang mempengaruhi kecekapan teknikal ladang ialah lokasi ladang dan varieti pisang. Secara amnya ladang pisang yang mengunakan anak pokok kultur tisu adalah lebih baik kerana kos pengeluarannya lebih rendah walaupun memerlukan penambahbaikan dari segi amalan teknologi dan kombinasi input bagi mempertingkatkan kecekapan pengeluaran.
Download File
Full text available from:
Official URL: http://etmr.mardi.gov.my/Content/ETMR%20Vol.8%20(2...
|

Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
AGROVOC Term: | Plantation crops |
AGROVOC Term: | Bananas |
AGROVOC Term: | Musa (bananas) |
AGROVOC Term: | Tissue culture |
AGROVOC Term: | Conventional use |
AGROVOC Term: | Plantlets (seedlings) |
AGROVOC Term: | Farmer participation |
AGROVOC Term: | Costs |
AGROVOC Term: | Plant insecticides |
AGROVOC Term: | Farm workers |
Depositing User: | Mr. AFANDI ABDUL MALEK |
Last Modified: | 24 Apr 2025 00:55 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/9714 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |