Penilaian penerimaan pembaca di Malaysia terhadap Agromedia sebagai sumber maklumat pertanian.

Citation

Syahirah Abd. Razak, . and Nurfarhana Abdullah, . and Hazida Syima Hamazah, . and Rosiah Hamzah, . Penilaian penerimaan pembaca di Malaysia terhadap Agromedia sebagai sumber maklumat pertanian. pp. 129-137. ISSN 1823-8149

Abstract

Penyampaian maklumat dan pemindahan teknologi pertanian adalah penting dalam memastikan bidang pertanian terus berkembang maju dan berdaya saing. MARDI telah menerbitkan Agromedia iaitu sebuah majalah pertanian popular dalam usaha menyebarkan maklumat dan teknologi pertanian terkini kepada kumpulan sasar. Kajian telah dilaksanakan bagi mengenal pasti profil pembaca dan menilai penerimaan pembaca terhadap persembahan dan isi kandungan Agromedia. Seramai 451 responden telah terlibat dan majoriti ialah bangsa Melayu lelaki dan berkelulusan universiti. Pembaca utama Agromedia ialah usahawan diikuti oleh tenaga pengajar pelajar dan pesara. Secara umumnya lebih daripada separuh responden (58.7) pernah melihat Agromedia di pesta buku/pameran kedai buku MARDI dan seminar/persidangan. Mereka yang melihat Agromedia mempunyai keinginan yang tinggi untuk membacanya. Namun kajian mendapati lebih 95 responden menyatakan sukar untuk mendapatkan Agromedia. Majoriti responden berpuas hati dengan aspek persembahan fizikal dan isi kandungan manakala ruangan teknologi pertanian menjadi pilihan utama mereka. Bagi memasarkan Agromedia Penerbit MARDI mengamalkan strategi 4P iaitu memperkukuhkan keunikan produk( persembahan fizikal dan kandungan majalah) harga yang berpatutan lokasi pemasaran yang strategik dan meningkatkan promosi di kalangan pembaca berpotensi. Agromedia berpotensi untuk dipasarkan dengan lebih luas sebagi sumber maklumat pertanian di Malaysia.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Article
AGROVOC Term: Press (journalism)
AGROVOC Term: information transfer
AGROVOC Term: Agricultural resources
AGROVOC Term: Evaluation
AGROVOC Term: Market prices
AGROVOC Term: Marketing channels
AGROVOC Term: Information dissemination
Depositing User: Mr. AFANDI ABDUL MALEK
Last Modified: 24 Apr 2025 00:55
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/9718

Actions (login required)

View Item View Item