Potensi struktur berjaring dalam pengeluaran belimbing: kajian faedah dan kos

Citation

Engku Elini Engku Ariff, . and Raziah Mat Lin, . and Zabedah Mahmood, . Potensi struktur berjaring dalam pengeluaran belimbing: kajian faedah dan kos. pp. 67-75. ISSN 1823-8149

Abstract

Belimbing ialah satu daripada 13 buah utama yng diberi keutamaan di dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3). Kawasan penanaman belimbing kebanyakannya terdapat di Selangor Johor Melaka dan Negeri Sembilan. Kajian ini bertujuan untuk menilai kos dan faedah penanaman belimbing menggunakan struktur berjaring berbanding dengan penanaman secara konvensional. Data diperoleh daripada Jabatan Pertanian dan MARDI. Analisis kos dan faedah menunjukkan kos pengeluaran ialah RM0.089/kg bagi kaedah konvensional dan RM0.95/kg bagi kaedah berjaring. Pendapatan bersih tahunan bagi kaedah struktur berjaring adalah lebih tinggi (RM22 570/ha) berbanding dengan kaedah konvensional(RM17 100/ha). Analisis kewangan menunjukkan nilai kadar pulangan dalaman (KPD) yang positif iaitu 24.29 bagi kaedah struktur berjaring walaupun nilainya adalah lebih rendah berbanding dengan kaedah konvensional iaitu 34.46. Analisis belanjawan separa juga menunjukkan nilai faedah melebihi nilai implikasi apabila petani menukar kaedah penanaman belimbing secara konvensional kepada kaedah struktur berjaring. Secara amnya untuk jangka masa panjang penggunaan struktur berjaring merupakan alternatif terbaik bagi mencapai pembangunan pertanian secara lestari dan mengurangkan pergantungan kepada buruh dalam sistem pengeluaran. Walau bagaimanapun jika teknologi hendak diterima pakai oleh golongan sasaran pengubahsuaian struktur berjaring kepada kos yang lebih efektif diperlukan Petani yang mengeksport belimbing digalakkan menggunakan kaedah ini kerana purata hasil yang lebih tinggi serta kawalan kualiti buah yang lebih baik.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Article
AGROVOC Term: Star fruit
AGROVOC Term: Averrhoa carambola
AGROVOC Term: Netting (pest control)
AGROVOC Term: Application of technology
AGROVOC Term: Traditional technology
AGROVOC Term: Production costs
AGROVOC Term: Fruit products
AGROVOC Term: Plant production
AGROVOC Term: Costs
AGROVOC Term: Production structure
Depositing User: Mr. AFANDI ABDUL MALEK
Last Modified: 24 Apr 2025 00:55
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/9734

Actions (login required)

View Item View Item