Indeks kepuasan hati pelanggan dalaman MARDI: perbandingan antara kumpulan kerja

Citation

Maria Ibrahim, . and Fadhilah Annaim Huda Hashim, . Indeks kepuasan hati pelanggan dalaman MARDI: perbandingan antara kumpulan kerja. pp. 133-148. ISSN 1823-8149

Abstract

Kajian kepuasan pelanggan dalaman MARDI dijalankan pada tahun 2013 melibatkan 990 orang pekerja di Ibu Pejabat dan pejabat MARDI seluruh Malaysia. Tujuan artikel ini adalah untuk melihat perbandingan tahap kepuasan pelanggan dalam mengikut kumpulan kerja serta mengenal pasti indeks kepuasan hati tujuh dimensi organisasi iaitu sistem organisasi gaya pengurusan modal insan kepuasan kerja keseimbangan kerja dan kehidupan tekanan ditempat kerja serta kelengkapan pejabat dan kemudahan fizikal. Terdapat tiga dimensi yang mempunyai perbezaan tahap kepuasan yang signifikan iaitu kepuasan kerja tekanan di tempat kerja dan modal insan. Tahap kepuasan pekerja diukur menggunakan peratus kepuasan dan kadaran indeks kepuasan hati (IKH). Tiga daripada tujuh item yang diukur di dalam dimensi kepuasan kerja mempunyai perbezaan pendapat antara kumpulan kerja manakala empat daripada lima item mempunyai perbezaan pendapat bagi dimensi tekanan ditempat kerja. Dalam dimensi modal insan tiga daripada enam item mempunyai perbezaan pendapat. Secara keseluruhan pihak atasan MARDI perlu membuat penambahbaikan terhadap item-item yang telah dikaji agar kepuasan hati pekerja sebagai pelanggan dalaman MARDI dapat dicapai seterusnya kualiti perkhidmatan juga dapat ditingkatkan.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Article
AGROVOC Term: Job satisfaction
AGROVOC Term: Employee attitude
AGROVOC Term: Quality
AGROVOC Term: Management
AGROVOC Term: Management techniques
AGROVOC Term: Human resources
AGROVOC Term: Organizations
AGROVOC Term: Work satisfaction
AGROVOC Term: Public services
AGROVOC Term: Services
Depositing User: Mr. AFANDI ABDUL MALEK
Last Modified: 24 Apr 2025 00:55
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/9611

Actions (login required)

View Item View Item