Citation
Na`aman J., . and Jeffri A.R., . and Mohd Radhi C.A., . (2007) Pemeliharaan biodiversiti hutan rimba Bandar Bukit Bauk Terengganu. [Proceedings Paper]
Abstract
Rimba Bandar Bukit Bauk merekodkan 98 spesies endemik untuk Semenenjung Malaysia 13 spesies untuk negeri Terengganu dan 14 spesies untuk Bukit Bauk itu sendiri. Antara spesies yang endemik disini ialah Pseudovaria cerina Dacroydes breviracemosa Kedondong Ganocaryum sp. dan Licuala ahlidurii. Dianggarkan 103 famili lain seperti Euphorbiaceae Rubiaceae Myristiciaeae dan Sterculiceae hidup subur di samping famili utama iaitu Diptercarpaceae yang spesies utamanya adalah Kapur Dryobalanop aromatica. Anggaran keseluruhan spesies flora yang ada di Rimba Bukit Bauk adalah 638 spesies yang mana merupakan 7.7 daripada jumlah flora yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Hutan di Rimba Bukit Bauk ini terbahagi kepada dua jenis iaitu Hutan Darat dan Hutan Paya Gambut. Vegetasi hutan pula boleh dipecahkan kepada empat 4 jenis iaitu Hutan Tanah Pamah Hutan Bukit Hutan Tanah Gambut dan Hutan Belukar. Dari segi geologi Rimba Bandar Bukit Bauk merupakan sebuah bukit pantai yang kecil lagi terasing yang terdiri dari jenis batuan granit dengan diselaputi tanah bertekstur tanah jenis lom. Batuan granit yang terdapat di kawasan ini adalah seusia dengan era Triasik yang jauh lebih tua berbanding dengan batuan granit yang terbentuk dalam era Permian. Kawasan ini juga terkenal dengan kawasan Hutan Lipur dalam Bandar yang mampu menarik para pelancong berkunjung ke negeri Terengganu. Rimba Bandar Bukit Bauk juga merupakan kawasan tadahan air. Konsep pembangunan yang dicadang dilaksanakan di kawasan ini ialah berdasarkan kepada Penyelidikan Biodiversiti Pendidikan dan Konservasi in-situ yang mana dibahagikan kepada 3 zon iaitu Zon 1 Ekologi dan Penyelidikan Zon 2 Rekreasi Pelajaran dan Eko-Pelancongan dan Zon 3 Konservasi in-situ dan Biodiversiti. Adalah diharapkan usaha pemeliharaan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak yang mepunyai kepentingan di dalam penyelidikan pembelajaran pemeliharaan eko-pelancongan dan pencintaan alam.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Proceedings Paper |
---|---|
Additional Information: | 3 ills.; 6 tables.; 15 ref. call number: SD235 M3N277 2007 |
AGROVOC Term: | FOREST MANAGEMENT |
AGROVOC Term: | FORESTRY POLICIES |
AGROVOC Term: | FOREST PROTECTION |
AGROVOC Term: | FORESTRY |
AGROVOC Term: | REFORESTATION |
AGROVOC Term: | MALAYSIA |
Geographical Term: | MALAYSIA |
Depositing User: | Ms. Suzila Mohamad Kasim |
Last Modified: | 24 Apr 2025 05:13 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/11054 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |