Potensi penanaman integrasi Tongkat ali Eurycoma longifolia dan kelapa sawit dengan sistem tanaman dua baris kembar

Citation

Raja Zulkifli R O., . and Norkaspi K., . and Suboh I., . and Wahid O., . (2009) Potensi penanaman integrasi Tongkat ali Eurycoma longifolia dan kelapa sawit dengan sistem tanaman dua baris kembar. [Proceedings Paper]

Abstract

Tanaman Tongkat ali Eurycama langi/olia sudah lama dikenali sebagai tanaman yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Nilai komersilnya semakin meningkat apabila didapati berupaya melancarkan pengaliran darah mampu melawan dan membunuh sel kanser kesan penggalak seks aphrodisiac kaum lelaki dan mampu merawat pelbagai penyakit seperti pening kepala luka-luka kurap antimalaria dan antiradang. Kepelbagaian penggunaannya dalam perubatan menjadikan permintaan bahan mentah Tongkat ali untuk proses juga turut meningkat dari semasa ke semasa. Purata permintaan bahan mentah Tongkat ali untuk ubatan ialah 476 339 kg/tahun. Sebahagian besar bekalan bahan mentah ini didapati daripada sumber semulajadi. Pergantungan kepada sumber bekalan herba Tongkat ali liar seeara berterusan telah menyebabkan bekalan dan kualitinya semakin berkurangan. Penanaman Tongkat ali seeara integrasi bersama tanaman sawit merupakan kaedah yang mampu menjamin kualiti dan bekalan bahan mentah yang berterusan. Kaedah integrasi ini di samping dapat meningkatkan penggunaan tanah juga memberi pendapatan sampingan kepada penanam sawit. Integrasi Tongkat ali di kawasan sawit menggunakan sistern dua baris kembar memberikan kepadatan pokok Tongkat ali sebanyak 1010 pokok/hektar. Pada keseluruhannya tanaman Tongkat ali sesuai ditanam di kawasan sawit. Pada umur 4 tahun selepas penanaman purata tinggi pokok diameter pangkal batang 20 cm dari permukaan tanah berat akar basah dan kering masing-masing ialah 5.5 m 7.4 cm 1588 g/pokok dan 660 g/pokok. Keputusan ujian hasil ekstrak adalah 0.227 kg dari jumlah keseluruhan 5.0 kg berat kering akar racik 4.5 dari bahan kering dan analisa seeara HPLC High Performance Liquid Chromatography menunjukkan purata kandungan ekstrak dalam akar adalah 163.1 flg/ml euryeomanone melepasi nilai piawaian ekstrak 101.9 ug/ml berdasarkan ujian makmal bagi pokok Tongkat ali yang berumur 4 tahun selepas penanaman.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Proceedings Paper
Additional Information: Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Malaysia. mal QK99 M3S471 2008 Call Number
AGROVOC Term: ELAEIS GUINEENSIS
AGROVOC Term: OIL PALMS
AGROVOC Term: CROPPING SYSTEMS
AGROVOC Term: CULTIVATION
AGROVOC Term: MALAYSIA
Geographical Term: MALAYSIA
Depositing User: Ms. Suzila Mohamad Kasim
Last Modified: 24 Apr 2025 05:14
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/11342

Actions (login required)

View Item View Item