Citation
Sh. Rosfashida Syed Abd Latif, . and Sadullah A.F., . and Soh T.K., . (2003) Pembentukan model kehubungan aliran kenderaan dengan gas pencemaran karbon monoksida di persimpangan lampu isyarat. [Proceedings Paper]
Abstract
Pencemaran udara merupakan masalah persekitaran utama masa kini dan turut mempengaruhi pembangunan sesebuah negara. Pencemaran udara telah dikenal pasti sebagai satu masalah global yang kompleks dan melibatkan banyak faktor yang sukar dikawal yang bertentangan dengan polisi pengawalan dan kesannya melibatkan setiap kehidupan di muka bumi ini. Di kawasan bandar raya kenderaan bergerak dikenal pasti sebagai penyumbang utama masalah pencemaran udara. Di Malaysia khususnya peningkatan penggunaan kenderaan bermotor telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius dan menurut laporan Malaysia Environmental Quality Report 1998 pengangkutan merupakan sumber pencemaran utama. Fenomena ini secara tidak langsung berkait rapat dengan masalah pencemaran persekitaran dan mengganggu kestabilan sistem ekologi. Kajian ini memberikan tumpuan yang khusus terhadap analisis kualiti udara di persimpangan berlampu isyarat. Persimpangan merupakan satu nod di dalam satu sistem jalan raya proses pecutan dan nyahpecutan dijangka kerap berlaku di sesuatu persimpangan berbanding pada ruang jalan raya yang lain dan akan menyebabkan berlakunya peningkatan pencemaran udara. Kajian ini merupakan peringkat permulaan bagi menerbitkan satu kehubungan yang sesuai antara kepekatan gas pencemar dengan aliran trafik di suatu kawasan yang dipilih. Analisis di persimpangan berlampu isyarat diramalkan akan menghasilkan pencemaran yang tinggi berbanding kawasan yang lain. Kajian ini melihat secara terperinci perbezaan kehubungan yang terhasil antara gas pencemar karbon monoksida dengan aliran kenderaan pada jarak-jarak yang berbeza di sepanjang jalan kajian yang dipilih. Analisis menggunakan kaedah statistik dipilih bagi melihat kehubungan yang sesuai dihasilkan di dalam kajian ini. Satu model pencemaran udara akibat kenderaan akan dihasilkan di akhir kajian ini.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Proceedings Paper |
---|---|
Additional Information: | Summary Ms |
AGROVOC Term: | POLLUTION |
AGROVOC Term: | AIR POLLUTION |
AGROVOC Term: | URBAN AREAS |
AGROVOC Term: | GASES |
AGROVOC Term: | CARBON MONOXIDE |
AGROVOC Term: | MODELS |
AGROVOC Term: | RESEARCH |
AGROVOC Term: | STATISTICAL METHODS |
AGROVOC Term: | ENVIRONMENTAL IMPACT |
AGROVOC Term: | MALAYSIA |
Geographical Term: | MALAYSIA |
Depositing User: | Ms. Norfaezah Khomsan |
Last Modified: | 24 Apr 2025 05:27 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/16269 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |