Menilai hutan lipur ke arah destinasi utama pelancongan eko

Citation

Azman A. Rahman, . and Harun Abu Hassan, . and Jalil Md Som, . (2004) Menilai hutan lipur ke arah destinasi utama pelancongan eko. [Proceedings Paper]

Abstract

Pertambahan bilangan kawasan hutan lipur di negeri-negeri menunjukkan permintaan orang ramai terhadap kemudahan beristirehat rekreasi dan senggang di dalam kawasan hutan kian meningkat dari masa ke semasa. Ciri-ciri keaslian keunikan kecantikan permandangan semulajadi hutan tropika yang merangkumi sungai-sungai jeram air terjun tasik dan gua telah dapat memenuhi keperluan ini. Pada masa sekarang pelbagai kemudahan keperluan asas dan infrastruktur disediakan di kawasan-kawasan hutan lipur ini dan pembangunan in situ diutamakan di mana daya tarikan dan nilai-nilai hutan semulajdi ditingkatkan. Kertas kerja ini mengenengahkan keupayaan dan potensi hutan lipur sebagai destinasi pelancongan eko. Cara menilai tahap pembangunan mengikut definasi pelancong eko yang terdapat di dalamnya dibincangkan. Penilaian ini merupakan alat penting bagi pihak pengurusan meningkatkan infrastruktur tanpa menggugat keaslian dan daya tarikan hutan yang sedia ada mengikut kategori tertentu. Penilaian ini juga dapat membantu para pelancong tempatan dan luar negara memilih destinasi-destinasi mengikut keistimewaan sesuatu hutan lipur itu sambil menikmati keunikannya dan keindahan alam semulajadi. Justeru itu akan terdapat peningkatan kesedaran terhadap kepentingan hutan lipur seiring dengan pengekalan pemeliharaan hutan penjagaan kestabilan alam sekitar pemuliharaan kepelbagaian hayat rekreasi dan estetik.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Proceedings Paper
Additional Information: 6 tables. 7 refs.
AGROVOC Term: FORESTRY
AGROVOC Term: RECREATION
AGROVOC Term: TOURISM
AGROVOC Term: NATURE RESERVES
AGROVOC Term: RECREATIONAL AREAS
AGROVOC Term: ECOLOGY
AGROVOC Term: TROPICAL FORESTS
AGROVOC Term: MALAYSIA
Geographical Term: MALAYSIA
Depositing User: Ms. Norfaezah Khomsan
Last Modified: 24 Apr 2025 05:28
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/16674

Actions (login required)

View Item View Item