Citation
Rahimi Abidin, . and Nor Hasni Osman, . and Fadhilah Mohd Zahari, . and Alminnourliza Noordin, . and Suhaila Abdul Hanan, . and Mohd Nizam Ismail, . (2024) Taman laut dan kelestarian sumber perikanan: tinjauan terhadap penduduk di Pulau Tioman. Journal of Sustainability Science and Management (Malaysia), 19 (6). pp. 98-110. ISSN 2672-7226
Abstract
Pulau Tioman adalah salah satu daripada 42 buah pulau taman laut yang terdapat di Malaysia. Pewartaan taman laut bertujuan meningkatkan sumber perikanan negara melalui pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti serta ekosistem sumber marin secara efektif di kawasan-kawasan tersebut. Namun, sejauh mana penerimaan masyarakat setempat terhadap penubuhan taman laut serta keberkesanannya untuk memastikan kelestarian sumber perikanan masih menjadi satu persoalan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengumpul maklumat bagi menjawab persoalan tersebut dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Pengumpulan data kajian telah dilaksanakan melalui tinjauan menggunakan soalan kaji selidik terhadap penduduk di tujuh buah kampung di Pulau Tioman. Penemuan kajian menunjukkan bahawa penduduk Pulau Tioman mempunyai kebergantungan yang tinggi pada sumber perikanan apabila kebanyakan daripada mereka menangkap ikan untuk dijadikan sumber makanan. Selain itu, penerimaan penduduk Pulau Tioman terhadap penubuhan taman laut agak sederhana, namun mereka mengakui kepentingannya dalam usaha pelestarian sumber perikanan. Kajian mendapati tahap penerimaan penduduk terhadap taman laut mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepentingan dan keberkesanan pengurusannya. Oleh itu, usaha untuk memperkasakan kesedaran serta keberkesanan pengurusan taman laut hendaklah diteruskan dan dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Download File
Full text available from:
Official URL: https://jssm.umt.edu.my/wp-content/uploads/2024/06...
|

Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
AGROVOC Term: | marine parks |
AGROVOC Term: | fishery resources |
AGROVOC Term: | biodiversity conservation |
AGROVOC Term: | resource management |
AGROVOC Term: | public opinion |
AGROVOC Term: | marine ecosystems |
AGROVOC Term: | sustainable fisheries |
Geographical Term: | Malaysia |
Depositing User: | Mr. Khoirul Asrimi Md Nor |
Date Deposited: | 09 Apr 2025 02:42 |
Last Modified: | 09 Apr 2025 02:42 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/2552 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |