Citation
Basir Jasin. (2009) Ke arah memartabatkan fosil sebagai warisan negara. In: Warisan geologi Malaysia: ke arah memartabatkan sumber geowarisan. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp. 19-31. ISBN 9789675227219
Abstract
Fosil merupakan salah satu sumber warisan tabii sangat penting dalam penentuan usia batuan, paleogeografi, paleoiklim dan sejarah perkembangan hidupan pada masa silam. Oleh itu sudah sewajarnya fosil dipulihara dan diawet. Walaupun taburan stratigrafi fosil Malaysia tidak berterusan tetapi memperlihatkan kepelbagaian yang menarik. Daripada sejumlah fosil-fosil yang ditemui 184 spesies merupakan fosil endemik iaitu fosil yang pertama kali dijumpai di Malaysia. Fosil fosil ini seharusnya mempunyai holotip atau spesimen tip yang disimpan di Malaysia. Bagaimanapun, pada hari ini kebanyakannya tidak diketahui tempat simpanannya. Fosil merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui dan menghadapi ancaman tabii berterusan seperti luluhawa dan hakisan, dan kegiatan antropogen seperti pembangunan hartanah, pengkuarian, pembinaan infrastruktur dan perlombongan. Untuk memartabatkan fosil sebagai warisan beberapa langkah perlu diambil antaranya langkah pemuliharaan ex-situ dan in-situ, pengumpulan, penyimpanan dan penamaan secara bersistem, penggubalan akta pemuliharaan fosil, penubuhan muzium sejarah tabii yang lengkap dan penubuhan satu jawatankuasa pusat pemuliharaan fosil yang terdiri daripada wakil-wakil institusi pengajian tinggi tempatan, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Muzium dan Jabatan Warisan. Muzium sejarah tabii amat penting sebagai tempat menyimpan dan memulihara fosil ex-situ secara bersistem, di samping mempamerkan bahan tersebut untuk menyemai kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai mengenai kewujudan dan kepentingan fosil sebagai bahan sejarah tabii Malaysia. Pemuliharaan ex-situ di muzium akan menyediakan maklumat menarik yang merangsang pelancong untuk melawat kawasan geotapak fosil di lapangan. Ini menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan fosil.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Additional Information: | Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43000 UPM Serdang, Malaysia. QE299.5 W277 Call Number |
AGROVOC Term: | fossils |
AGROVOC Term: | natural heritage |
AGROVOC Term: | geological history |
AGROVOC Term: | paleontology > paleontology Prefer using palaeontologypalaeontology |
AGROVOC Term: | cultural heritage |
AGROVOC Term: | scientific research > scientific research Prefer using researchresearch |
AGROVOC Term: | public education |
AGROVOC Term: | government agencies |
AGROVOC Term: | economic development |
AGROVOC Term: | preservation |
Geographical Term: | Malaysia |
Depositing User: | Ms. Azariah Hashim |
Date Deposited: | 28 Oct 2024 02:46 |
Last Modified: | 28 Oct 2024 02:46 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/744 |
Actions (login required)
View Item |