Citation
Askury Abd. Kadir. (2009) Kayu terpateri di Sarawak: satu pandangan. In: Warisan geologi Malaysia: ke arah memartabatkan sumber geowarisan. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp. 165-174. ISBN 9789675227219
Abstract
Kayu terpateri Sarawak wujud di dalam Batu Pasir Kayan berusia Tertier terletak berhampiran dengan Banjaran Bungo sedang terancam dan menuju kemusnahan kekal melalui pengekploitasian secara haram. Pencarian secara haram tanpa kawalan telah menyebabkan 'artifak' geologi berkenaan diperdagangkan sewenang-wenangnya tanpa sebarang cukai dikenakan kepada mereka. Kayu terpateri terdiri daripada palma dan konifer telah terawet sempurna selama jutaan tahun melalui proses pempaterian melibatkan penggantian oleh silika yang merangkumi opal dan kalsedoni. Keunikan pembentukan melalui proses penggantian atau pempaterian dapat diterjemahkan sebagai memiliki nilai estetik dan saintifik yang tinggi bagi komuniti geosains dan juga masyarakat tempatan. Struktur sel dan tekstur asal kayu masih kekal, dapat dicerap secara makroskopik dan mikroskopik. Kepelbagaian warna dan darjah pengawetannya batu terpateri agak menarik dan mampu bersaing dengan kayu terpateri dari tempat-tempat lain di dunia. Usaha agensi kerajaan berkaitan amat diperlukan untuk mempromosi seterusnya mempublisiti khazanah tersembunyi milik negara ini berkonsepkan geologi pemuliharaan untuk dinikmati dan dihayati generasi akan datang. Analisis SWOT yang dilakukan terhadap kayu terpateri serta lokasi penemuannya mempamerkan peluang yang cukup banyak untuk ahli geologi bagi menyelamatkan khazanah tersebut daripada kepupusan akibat kerakusan manusia. Malah, ianya berupaya menjadi satu pusat penyelidikan setempat yang mampu menarik minat penyelidik serantau dan antarabangsa. Begitu juga dengan kekuatan (strength) yang merangkumi pelbagai infrastruktur yang mengelilingi lokasi tersebut dapat memudahkan pembangunan, seperti Puncak Borneo (pelancongan tanah tinggi), Kg Annah Rais (budaya masyarakat Bidayuh), Semenggok (Orang Utan) Rehabilitation Centre, kolam air panas dan Kg Sadir (Bidayuh).
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Additional Information: | Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43000 UPM Serdang, Malaysia. QE299.5 W277 Call Number |
AGROVOC Term: | wood |
AGROVOC Term: | forest resources |
AGROVOC Term: | cultural heritage |
AGROVOC Term: | natural resources |
AGROVOC Term: | wood preservation |
AGROVOC Term: | sustainable forestry |
AGROVOC Term: | government agencies |
AGROVOC Term: | foresters |
AGROVOC Term: | environmental impact |
AGROVOC Term: | resource management |
Geographical Term: | Malaysia |
Depositing User: | Ms. Azariah Hashim |
Date Deposited: | 29 Oct 2024 02:25 |
Last Modified: | 29 Oct 2024 02:25 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/753 |
Actions (login required)
View Item |