Citation
Wan Fuad Wan Hassan (2006) Khazanah mineral Gunung Jerai. In: Hutan simpan Gunung Jerai, Kedah: pengurusan, persekitaran fizikal dan kepelbagaian biologi. Siri kepelbagaian biologi hutan (6). Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia, pp. 64-76. ISBN 9839269402
Abstract
Kawasan Gunung Jerai, Kedah ialah salah satu kawasan di Semenanjung Malaysia yang dianugerahkan Tuhan dengan kekayaan khazanah mineral. Latar belakang geologi kawasan ini terdiri daripada lapisan batuan sedimen klastik berbutir halus berusia dari Kambria yang direjahi oleh jasad granit pada zaman Perm awal. Hasil rejahan ini terbentuklah pegmatit yang mengandungi mineral bijih iaitu kasiterit dan kolumbit-tantalit dan mineral industri iaitu feldspar dan mika serta beberapa mineral sampingan seperti monazit, xenotim dan spinel. Kasiterit dan kolumbit-tantalit pada suatu ketika dahulu menjadi sumber kegiatan perlombongan sehinggakan Semiling, di tenggara Gunung Jerai menjadi kawasan perlombongan terpenting di Kedah. Kasiterit di sini mempunyai kebitaraan tersendiri daripada segi morfologi hablur serta geokimia. Monazit pula dua jenis, iaitu kuning dan hijau dan jenis hijau adalah jenis jarang ditemui. Pegmatit mempunyai keistimewaan tesendiri kerana saiz mineral dalamnya amat kasar sehingga ada yang mencapai saiz melebihi satu kaki panjang. Rejahan granit juga menghasilkan bijih besi terdiri daripada mineral-mineral magnetit dan hematit di sekeliling Gunung Jerai.
Download File
Full text available from:
|

Additional Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Additional Information: | Available at Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, 43000 UPM Serdang, Malaysia. Call Number QH77 M3K4973 |
AGROVOC Term: | minerals |
AGROVOC Term: | mineral resources |
AGROVOC Term: | mineralogy |
AGROVOC Term: | geology |
AGROVOC Term: | mountains |
AGROVOC Term: | geochemistry |
AGROVOC Term: | research |
Geographical Term: | Malaysia |
Depositing User: | Ms. Azariah Hashim |
Date Deposited: | 20 Aug 2024 06:33 |
Last Modified: | 20 Aug 2024 06:33 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/908 |
Actions (login required)
View Item |