Daya maju perusahaan cendawan tiram di Semenanjung Malaysia.

Citation

Yaseer Suhaimi Mohd, . and Mohd Zaffrie Mat Amin, . and Azahar Harun, . Daya maju perusahaan cendawan tiram di Semenanjung Malaysia. pp. 13-25. ISSN 1823-8149

Abstract

Aktiviti penanaman cendawan telah lama wujud di Malaysia dan diusahakan secara tradisional dan komersial. Antara cendawan yang popular di kalangan penduduk Malaysia ialah cendawan tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju). Kajian ini bertujuan menilai daya maju perusahaan tiram kelabu di Semenanjung Malaysia dan data ini diperoleh daripada survei 149 pengusaha cendawan. Daya maju perusahaan cendawan diukur menggunakan analisis kewangan nilai bersih kini kadar pulangan dalaman dan faedah berbanding dengan kos. Dapatan kajian ini menunjukkan secara umumnya perusahaan cendawan di Semenanjung Malaysia dijalankan secara kecil-kecilan menggunakan lebih kurang 6 000 bongkah cendawan dan menghasilkan 20kg cendawan sehari. Secara purata modal awal yang digunakan berjumlah RM28 484. Purata kos pengeluaran cendawan tiram kelabu ialah RM5.30/kg manakala purata harga jualan di peringkat ladang ialah RM20/kg. Analisis kewangan menunjukkan nilai kini bersih bagi projek tanaman cendawan tiram kelabu dengan kadar diskaun 10 dan tempoh projek selama 5 tahun ialah RM114 797.35 dengan nilai nisbah faedah kos 1.96. Ini bermakna setiap RM1.00 yang dilaburkan memberi pulangan sebanyak RM0.96 dan kadar pulangan dalaman IIR ialah 34. Penemuan ini menunjukkan perusahaan tanaman cendawan adalah berdaya maju dan mempunyai tempoh pulang modal yang singkat. Antara cabaran utama perusahan cedawan di Semenanjung Malaysia ialah masalah perolehan benih yang berkualiti bahan input yang semakin mahal dan serangan perosak. Oleh itu industri cendawan di Malaysia masih memerlukan sokongan kerajaan khususnya dalam menyediakan latihan kepada pengusaha teknologi pengeluaran dan kawalan perosak.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Article
AGROVOC Term: Oyster mushroom
AGROVOC Term: Pleurotus sajor caju
AGROVOC Term: Agricultural research
AGROVOC Term: Entrepreneurs
AGROVOC Term: Small scale farming
AGROVOC Term: Financial analysis
AGROVOC Term: Cost benefit analysis
AGROVOC Term: Skill training
AGROVOC Term: Pest control
AGROVOC Term: Capital productivity
Depositing User: Mr. AFANDI ABDUL MALEK
Last Modified: 24 Apr 2025 00:55
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/9709

Actions (login required)

View Item View Item