Penilaian ekonomi Sistem Pengeluaran Padi Clearfield

Citation

Tapsir Serin, . and Rosnani Harun, . and Azmi Man, . Penilaian ekonomi Sistem Pengeluaran Padi Clearfield. pp. 47-57. ISSN 1823-8149

Abstract

Penilaian ekonomi telah dijalankan terhadap 60 orang petani di dua kawasan jelapang padi negara iaitu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor (BLS). Data primer sebelum dan selepas amalan Sistem Pengeluaran Clearfield (SPC) daripada responden yang sama diperoleh dengan menggunakan kaedah pensampelan berstrata. Majoriti responden (86.7) menanam varieti padi Clearfield MR 220CL2 manakala selebihnya varieti Clearfield MR 220CL1. Purata hasil bagi SPC meningkat 28 daripada 6.5 t/ha kepada 8.4 t/ha. Kos setiap kilogram bagi SPC adalah lebih rendah berbanding dengan kos amalan konvensionak walaupun tiada perbezaan yang ketara dalam purata kos pengeluaran sehektar. Nisbah faedah kos bagi SPC tanpa harga subsidi ialah 1.65 1.69 dan 1.57 lebih tinggi daripada kaedah konvensional masing-masing ialah 1.28 1.40 dan 1.15 untuk keseluruhan MADA dan BLS. Mengambil kira harga subsidi pula nisbah faedah kos adalah lebih tinggi bagi SPC iaitu 2.54 2.53 dan 2.49 berbanding dengan kaedah konvensional iaitu 1.99 2.11 dan 1.85 bagi keseluruhan MADA dan BLS. Analisis belanjawan separa juga menunjukkan perubahan SPC boleh diterima oleh petani kerana jumlah faedah melebihi jumlah implikasi untuk kedua-dua situasi dengan subsidi dan tanpa subsidi. Sekiranya SPC dijalankan dengan subsidi kerajaan petani memperoleh faedah masing-masing sebanyak RM2 85 RM2 421.2 dan RM1 483.4 untuk keseluruhan MADA dan BLS. Sekiranya tanpa subsidi pula petani memperoleh jumlah faedah yang lebih rendah iaitu RM601.33 RM804.78 dan RM206.45 untuk keseluruhan MADA dan BLS. Kawasan dan tahap pendidikan didapati mempengaruhi nilai faedah yang diterima oleh petani yang mengamalkan SPC. Majoriti responden dapat menerima SPC dan berpendapat ia kaedah yang baik untuk diamalkan kerana amat berkesan untuk mengatasi masalah padi angin dan rumpai di kawasan yang mengalami infestasi yang tinggi.

Download File

Full text available from:

Additional Metadata

[error in script]
Item Type: Article
AGROVOC Term: Paddy
AGROVOC Term: Alternative production systems
AGROVOC Term: Plant production
AGROVOC Term: Evaluation
AGROVOC Term: Farmer participation
AGROVOC Term: Cost benefit analysis
AGROVOC Term: Agricultural budgets
AGROVOC Term: Weed control
AGROVOC Term: High yielding breeds
AGROVOC Term: Economic value
Depositing User: Mr. AFANDI ABDUL MALEK
Last Modified: 24 Apr 2025 00:55
URI: http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/9712

Actions (login required)

View Item View Item