Citation
Rozhan Abu Dardak, . and Noorlidawati Ab. Halim, . and Jamaluddin Kasa, . and Zabedah Mahmood, . Cabaran dan prospek industri manggis di Malaysia. pp. 19-31. ISSN 1823-8149
Abstract
Dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) manggis telah dipilih sebagai buah kemegahan Negara kerana potensinya untuk menjana pendapatan daripada aktiviti perdagangan antarabangsa. Kajian telah dijalankan bagi menilai status isu cabaran daya maju dan prospek industry manggis di Malaysia. Kajian kes ini melibatkan pengusaha penjual peraih dan pengeksport. Daya maju industry manggis diukur menggunakan kaedah nisbah faedah berbanding kos (B/C ratio). Kawasan tanaman manggis di dapati merosot daripada 7 630 ha (1998)kepada 6 060 ha (2010). Walau bagaimanapun jumlah pengeluaran meningkat daripada 16 000 tan kepada lebih 28 900 tan dalam tempoh yang sama. Industri manggis Malaysia berskala kecil dengan purata keluasan tanaman 0.3 ha/pengusaha. Kebanyakan pokok manggis berusia melebihi 25 tahun dan sangat sedikit kawasan tanaman baru. Majoriti pengusaha berusia lebih 50 tahun dan mewarisi dusun manggis keluarga. Kos pengeluaran manggis ialah (RM1 781/ha/tahun dengan komponen kos tertinggi ialah upah buruh (62.3. Kos pengeluaran dan pemasaran ialah RM0.99/kg untuk pasaran dalam Negara dan RM1.37/kg untuk pasaran luar Negara. Purata harga manggid di peringkat ladang ialah RM1.70/kg dan harga FOB (KLIA) ialah RM5.80/kg. Nilai faedah berbanding dengan kos ialah 1.72 bagi pasaran domestic dan 4.23 pasaran eksport. Margin kasar manggis ialah RM0.71/kg bagi pasaran domestic dan RM4.43/kg pasaran luar Negara. Oleh itu industry manggis Malaysia masih berdaya saing dipasaran dalam dan luar negara. Selain masalah penyakit dan gamosis cabaran utama industry manggis ialah tempoh masa berbuah yang mengambil masa sekurang-kurangnya 6 tahun.
Download File
Full text available from:
Official URL: http://etmr.mardi.gov.my/Content/ETMR%20Vol.%206%2...
|

Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
AGROVOC Term: | Mangosteen |
AGROVOC Term: | Garcinia mangostana |
AGROVOC Term: | Agricultural industry |
AGROVOC Term: | Tropical fruits |
AGROVOC Term: | Case studies |
AGROVOC Term: | Farmers |
AGROVOC Term: | Marketing |
AGROVOC Term: | Production costs |
AGROVOC Term: | Costs |
AGROVOC Term: | Exports |
Depositing User: | Mr. AFANDI ABDUL MALEK |
Last Modified: | 24 Apr 2025 00:55 |
URI: | http://webagris.upm.edu.my/id/eprint/9731 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |